Connect with us

Antarabangsa

Ideologi LGBT punca kanak-kanak dan remaja bunuh diri – Menteri Pendidikan Poland

Peningkatan dalam cubaan bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah disebabkan kelompok itu dicuci otak (brainwash) dengan ideologi LGBT, neo-liberal dan neo-Marxis, kata Menteri Pendidikan Poland, Przemysław Czarnek. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ideologi LGBT punca kanak-kanak dan remaja bunuh diri – Menteri Pendidikan Poland
Foto: Menteri Pendidikan Poland, Przemysław Czarnek. 
  • Menteri Pendidikan Poland, Przemysław Czarnek berkata peningkatan cubaan bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah disebabkan kelompok itu dicuci otak (brainwash) dengan ideologi LGBT, neo-liberal dan neo-Marxis.
  • Poland mencatatkan jumlah tertinggi percubaan bunuh diri belia bawah umur sejak dua tahun lepas.
  • Krisis dalam keluarga, serangan ke atas agama Kristian, gereja dan apa-apa yang memisahkan antara yang baik dengan yang buruk adalah punca utama masalah itu berlaku. – Przemysław Czarnek.
  • Sebelum ini, Czarnek menyalahkan kerosakan moral dan kejahatan golongan ‘pendidik seks’ di atas masalah cubaan membunuh diri dalam kalangan kanak-kanak bawah umur.

Peningkatan dalam cubaan bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah disebabkan kelompok itu dicuci otak (brainwash) dengan ideologi LGBT, neo-liberal dan neo-Marxis, kata Menteri Pendidikan Poland, Przemysław Czarnek. 

Permasalahan itu boleh diatasi dengan memperkukuhkan nilai tradisional, termasuk menghadirkan diri ke gereja, bagi membantu golongan itu membezakan perkara baik dan buruk, demikian cadangan Czarnek.

Poland mencatatkan jumlah tertinggi percubaan bunuh diri belia bawah umur sejak dua tahun lepas dengan 1,496 kes pada 2021 dan meningkat lebih dua kali ganda pada 2022 iaitu sebanyak 2,031 kes.

Pakar pula menyatakan peningkatan kes itu juga berpunca daripada kegagalan sistem sokongan kesihatan mental Poland dan kesan pandemik.

Bercakap kepada Polsat News, menteri itu berkata walaupun pegawai pendidikan mampu berusaha menangani masalah bunuh diri dalam kalangan belia, ini hanya bersifat sementara.

Menurut Czarnek, krisis dalam keluarga, serangan ke atas agama Kristian, gereja dan apa-apa yang memisahkan antara baik dengan buruk adalah punca utama masalah itu berlaku.

“Amat penting untuk kita lindugi nilai kekeluargaan dan perkahwinan dan tidak menyerang mereka dengan ideologi LGBT dan Marxis yang boleh mencelarukan minda kanak-kanak,” kata menteri itu.

“Percubaan bunuh diri dan kematian akibat bunuh diri adalah hasil daripada minda golongan belia diselubungi ideologi LGBT, neo-liberal dan neo-Marxis yang mempengaruhi mereka dan meninggalkan mereka berjuang sendirian,” katanya.

Beliau mendakwa di kawasan setempat yang kecil di mana masyarakatnya hadir ke gereja, perbezaan di antara baik dan buruk berada pada tahap yang lebih baik.

Dalam satu kenyataan yang hampir sama tahun lalu, Czarnek menyalahkan kerosakan moral dan kejahatan golongan ‘pendidik seks’ di atas masalah cubaan membunuh diri dalam kalangan kanak-kanak bawah umur.

Beliau mengusulkan undang-undang untuk menghalang organisasi luar seperti badan NGO pendidikan seks daripada memasuki sekolah dan “merosakkan moral” belia. Namun, rang undang-undang itu telah dua kali ditolak oleh Presiden Poland, Andrzej Duda.

Isu bunuh diri dalam kalangan belia mendapat perhatian susulan laporan seorang remaja lelaki yang merupakan anak kepada seorang ahli parti pembangkang membunuh diri pada minggu lalu.

Ramai di antara masyarakat menunding jari kepada media di bawah kuasa parti pemerintah selepas mereka mengeluarkan laporan remaja itu merupakan mangsa penderaan seksual.

Namun begitu, ahli politik dan media berkata kematian remaja itu adalah disebabkan penderaan ke atasnya oleh seorang ahli politik dan aktivis LGBT dari parti sama dengan ibunya.

Sumber: Notes from Poland

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *