Connect with us

Terkini

KPM teliti cadangan salur wang bantuan awal persekolahan ke akaun murid

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti cadangan pengagihan wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus ke akaun murid.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPM teliti cadangan salur wang bantuan awal persekolahan ke akaun murid
Foto: Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.
  • Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, ia bagi memastikan insiden kehilangan atau kecurian wang bantuan itu pernah berlaku sebelum ini, tidak berulang lagi.
  • “Bagaimanapun, cadangan ini perlu mengambil kira kesediaan pihak bank dan kesukaran murid di pedalaman yang memerlukan kos yang tinggi bagi membuat urusan di bank,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai mekanisme kerajaan dalam mengatasi masalah pengurusan wang bantuan awal persekolahan agar isu kecuaian atau kecurian tidak berulang lagi.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti cadangan pengagihan wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus ke akaun murid.

Timbalan Menteri, Lim Hui Ying berkata, ia bagi memastikan insiden kehilangan atau kecurian wang bantuan itu pernah berlaku sebelum ini, tidak berulang lagi.

“Bagaimanapun, cadangan ini perlu mengambil kira kesediaan pihak bank dan kesukaran murid di pedalaman yang memerlukan kos yang tinggi bagi membuat urusan di bank,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai mekanisme kerajaan dalam mengatasi masalah pengurusan wang bantuan awal persekolahan agar isu kecuaian atau kecurian tidak berulang lagi.

Pada 16 Januari lalu, seorang guru dilapor berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sekolahnya di Beranang, Selangor hilang apabila dilarikan penjenayah. 

Lim berkata, berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan, Perkara 6 menyatakan pihak sekolah hendaklah mematuhi tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank yang selamat dan mengikut peraturan semasa.

Katanya, antara peraturan tersebut adalah pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 oleh pengetua atau guru besar hendaklah diiringi oleh dua guru.

“Kedua, bagi pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000 pengetua atau guru besar perlu mengambil langkah keselamatan tambahan.

“Ia seperti mendapatkan perkhidmatan polis pengiring berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan,” katanya.

Katanya, KPM sentiasa memberi taklimat secara berterusan bagi memastikan pengetua dan guru besar mematuhi tatacara kelola pengurusan wang di sekolah.

Sumber: Harian Metro

Author