Antarabangsa
Mahkamah Agung India tolak rayuan mangsa gas Bhopal
Mahkamah Agung India menolak rayuan kerajaan memohon pampasan lebih tinggi daripada Union Carbide Corporation (UCC) bagi mangsa kebocoran gas di bandar Bhopal tengah India, yang juga bencana perindustrian terburuk di dunia.
- Mahkamah Agung India menolak rayuan kerajaan memohon pampasan lebih tinggi daripada Union Carbide Corporation (UCC) bagi mangsa kebocoran gas di bandar Bhopal tengah India, yang juga bencana perindustrian terburuk di dunia.
- Menurut hakim, pihaknya percaya ini bukan tindakan atau kaedah yang sesuai untuk mengenakan liabiliti yang lebih besar ke atas UCC daripada yang dipersetujui untuk ditanggung pada mulanya.
- “Kami sama-sama tidak berpuas hati dengan kerajaan India kerana tidak dapat memberikan sebarang alasan rasional untuk membangkitkan isu ini lebih dua dekad selepas kejadian itu,” menurut lima hakim dalam penghakiman menolak petisyen itu.
- Lebih setengah juta orang mengalami keracunan dan angka kematian rasmi melebihi 5,000 orang.
- Beribu-ribu mangsa yang terselamat dalam tragedi itu berkata, anak dan cucu mereka masih bergelut dengan masalah kesihatan kronik akibat kebocoran dan sisa toksik yang ditinggalkan.
NEW DELHI: Mahkamah Agung India menolak rayuan kerajaan memohon pampasan lebih tinggi daripada Union Carbide Corporation (UCC) bagi mangsa kebocoran gas di bandar Bhopal tengah India, yang juga bencana perindustrian terburuk di dunia.
Ini susulan pada 2010, kerajaan sekali lagi memohon kepada mahkamah tertinggi negara itu untuk mendapatkan lebih banyak pampasan bagi mangsa yang masih mengalami masalah kesihatan sehingga hari ini.
Pemilik baharu UCC, Dow Chemical, berkata beliau membeli syarikat itu sedekad lalu selepas UCC menyelesaikan liabiliti dengan kerajaan India.
Menurut hakim, pihaknya percaya ini bukan tindakan atau kaedah yang sesuai untuk mengenakan liabiliti yang lebih besar ke atas UCC daripada yang dipersetujui untuk ditanggung pada mulanya.
“Kami sama-sama tidak berpuas hati dengan kerajaan India kerana tidak dapat memberikan sebarang alasan rasional untuk membangkitkan isu ini lebih dua dekad selepas kejadian itu,” menurut lima hakim dalam penghakiman menolak petisyen itu.
Pada 3 Disember 1984, gas metil isosianat didapati bocor dari kilang racun perosak, yang dimiliki Amerika Syarikat itu, di ibu negeri Madhya Pradesh.
Lebih setengah juta orang mengalami keracunan dan angka kematian rasmi melebihi 5,000 orang.
Berikutan bencana itu, kerajaan menyaman UCC dan syarikat itu bersetuju untuk penyelesaian di luar mahkamah dengan membayar sebanyak AS$470 juta (RM2.1 bilion) sebagai ganti rugi pada 1989.
Dibina pada 1969, kilang Union Carbide dilihat sebagai simbol perindustrian di India, menjana beribu-ribu pekerjaan untuk golongan miskin dan pada masa yang sama, mengeluarkan racun perosak murah untuk berjuta-juta petani.
Beribu-ribu mangsa yang terselamat dalam tragedi itu berkata, anak dan cucu mereka masih bergelut dengan masalah kesihatan kronik akibat kebocoran dan sisa toksik yang ditinggalkan.
Sumber: Berita Harian
You must be logged in to post a comment Login