Connect with us

Terkini

KPDN jamin minyak masak bersubsidi cukup – Salahuddin Ayub

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan minyak masak bersubsidi tetap mencukupi biarpun sentiasa berdepan aktiviti penyelewengan barangan itu ke Thailand.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPDN jamin minyak masak bersubsidi cukup – Salahuddin Ayub
Foto: Datuk Seri Salahuddin Ayub.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan minyak masak bersubsidi tetap mencukupi biarpun sentiasa berdepan aktiviti penyelewengan barangan itu ke Thailand.
  • Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak menafikan berlaku aktiviti jualan minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran namun pada masa sama menegaskan tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan dengan giat dari semasa ke semasa.
  • “Setakat ini, saya beri jaminan bekalan (minyak masak) cukup dan tidak berlaku krisis. Kalau berlaku di mana-mana, boleh buat aduan sekarang dan kita akan selesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan minyak masak bersubsidi tetap mencukupi biarpun sentiasa berdepan aktiviti penyelewengan barangan itu ke Thailand.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak menafikan berlaku aktiviti jualan minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran namun pada masa sama menegaskan tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan dengan giat dari semasa ke semasa.

Katanya, pasukan penguat kuasa sentiasa menjalankan tugas mereka, mengawal, berkeras, tangkap, rampas dan ini berlaku di seluruh negara namun begitu, setakat pemerhatiannya selama dua bulan di kementerian ini, ia belum menjadi tahap krisis.

“Kita ada terima laporan barangan kita dijual di sempadan, memang ada kes dan berlaku rampasan namun pasukan penguat kuasa kita sentiasa mengambil tanggungjawab.

“Setakat ini, saya beri jaminan bekalan (minyak masak) cukup dan tidak berlaku krisis. Kalau berlaku di mana-mana, boleh buat aduan sekarang dan kita akan selesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Salahuddin berkata, jika wujud juga isu kekurangan minyak masak di pasaran, ia adalah disebabkan peniaga kecil yang turut membuat pembelian dalam kuantiti banyak.

Begitu juga faktor yang berpunca daripada pihak pasar raya itu sendiri yang kemungkinan besar sedang membuat kawalan dalaman premisnya yang menyebabkan barangan subsidi itu dihadkan jualan.

“Kita cuma terima (aduan) di tempat tertentu dan jika kekurangan bekalan (berlaku), kita akan minta penguat kuasa pergi periksa dan (pastikan) bekalan minyak masak akan pulih secepat mungkin.

“Pastinya pemantauan berterusan kita jalankan tambahan pula sekarang sedang berlangsung Ops TIRIS bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi dan pada masa sama boleh juga pantau berkaitan minyak masak paket bersubsidi,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir di Pantai Timor Hipermarket di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini ketika melakukan Walkabout sempena pelancaran Pakej Jualan Rahmah yang disediakan premis berkenaan.

Salahuddin berkata, sudah banyak pasar raya yang mengambil bahagian dalam menyediakan Pakej Jualan Rahmah iaitu dengan pengurangan harga antara tiga hingga 30 peratus.

“Sebanyak 14 barangan dipilih untuk dimasukkan dalam pakej itu dan kita sangat berharap inisiatif sebegini dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *