Connect with us

Antarabangsa

AS selar kenyataan menteri Israel mahu hapus perkampungan Palestin

Amerika Syarikat menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel supaya menghapuskan perkampungan Huwara di Palestin dan menyifatkan ia sebagai “tidak bertanggungjawab” dan “menjijikkan”.

Published

on

AS selar kenyataan menteri Israel mahu hapus perkampungan Palestin
Foto: Jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.
  • AS menyifatkan tindakan Menteri Kewangan Israel ingin menghapuskan perkampungan Huwara di Palestin sebagai “tidak bertanggungjawab” dan “menjijikkan”.
  • “Sama seperti kami mengecam tindakan Palestin menghasut lakukan keganasan, kami juga mengutuk kenyataan provokasi ini yang sama seperti hasutan keganasan,” kata Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.
  • Beliau menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pegawai kanan yang lain untuk turut membantah kenyataan itu.

WASHINGTON: Amerika Syarikat menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel supaya menghapuskan perkampungan Huwara di Palestin dan menyifatkan ia sebagai “tidak bertanggungjawab” dan “menjijikkan”.

“Sama seperti kami mengecam tindakan Palestin menghasut lakukan keganasan, kami juga mengutuk kenyataan provokasi ini yang sama seperti hasutan keganasan,” lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

Beliau menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pegawai kanan yang lain untuk turut membantah kenyataan itu.

Menteri Kewangan Bezalel Smotrich berkata Huwara harus “dihapuskan” selepas keganasan yang meletus susulan insiden pembunuhan dua beradik rakyat Israel.

Sumber: Astro Awani

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author