Terkini
Kerajaan perlu fokus bantu daerah mundur, miskin di Sabah – MP Kudat
Kerajaan perpaduan dan barisan kabinet perlu cakna serta lebih fokus dalam membawa keluar negeri serta daerah-daerah terutama di Sabah dari kepompong kemiskinan dan kemunduran.
- Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda menjelaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinetnya perlu melakukan anjakan paradigma bagi mengatasi masalah itu pada penggal ini.
- “Harapan saya adalah supaya fokus-fokus itu lebih menjurus kepada keberhasilan di tempat-tempat tertentu. Misalnya di Kudat saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan penubuhan Kudat Banggi Development Authority (KUBDA) yang mana ini akan merealisasikan impian kita untuk mendapatkan satu kawasan penggazetan Banggi sebagai Zon Bebas Cukai.
- “Usaha-usaha sebegini perlu kita tingkatkan sebab dalam usaha mengubah nasib rakyat di Kudat daripada daerah mundur kepada daerah yang maju,” katanya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan dan barisan kabinet perlu cakna serta lebih fokus dalam membawa keluar negeri serta daerah-daerah terutama di Sabah dari kepompong kemiskinan dan kemunduran.
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda menjelaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinetnya perlu melakukan anjakan paradigma bagi mengatasi masalah itu pada penggal ini.
“Harapan saya adalah supaya fokus-fokus itu lebih menjurus kepada keberhasilan di tempat-tempat tertentu. Misalnya di Kudat saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan penubuhan Kudat Banggi Development Authority (KUBDA) yang mana ini akan merealisasikan impian kita untuk mendapatkan satu kawasan penggazetan Banggi sebagai Zon Bebas Cukai.
“Usaha-usaha sebegini perlu kita tingkatkan sebab dalam usaha mengubah nasib rakyat di Kudat daripada daerah mundur kepada daerah yang maju,” katanya.
Selain itu, Verdon yang merupakan wakil rakyat Bebas berkata, Perdana Menteri disifatkan sangat dekat dalam menghayati denyut nadi rakyat di Sabah dan Sarawak menerusi kesungguhan melaksanakan secara tuntas isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Katanya, ia dapat dilihat menerusi pengembalian pelaksanaan hak tatakelola minyak dan gas selain urus tadbir sumber tenaga ke Sabah.
Dalam pada itu, beliau turut meletakkan harapan pemberian geran khas kepada Sabah yang termaktub dalam MA63 dapat direalisasikan.
“Inilah harapan kita perkara-perkara (hak) ini dapat disegerakan sebab ia akan menjadi sumber besar untuk memajukan negeri Sabah itu sendiri.
“Saya lebih fokus kepada perkara yang perlu dilakukan di Sabah memandangkan Sabah merupakan negeri yang sangat terbelakang (dari segi pembangunan),” katanya yang turut menyifatkan Anwar telah menampak satu kemajuan yang belum pernah dicapai oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Sumber: Astro Awani