Connect with us

Terkini

Golongan pendapatan tinggi tak wajar terima Bantuan Awal Persekolahan

Golongan yang berpendapatan tinggi tidak wajar mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang sepatutnya diterima oleh mereka yang benar-benar memerlukan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Golongan pendapatan tinggi tak wajar terima Bantuan Awal Persekolahan
Foto: Pensyarah Pusat Pengajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Anuar Ahmad.
  • Bantuan itu perlu bersasar supaya lebih ramai golongan kurang berkemampuan dapat terima manfaat inisiatif tersebut. – Pensyarah Pusat Pengajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Anuar Ahmad
  • “Sekiranya orang kaya pun terima, maka nilai bantuan tersebut tidak dapat ditingkatkan dan capaiannya tidak dapat diperluaskan kepada lebih ramai penerima yang layak.”
  • “Misalnya sebuah keluarga miskin mempunyai empat atau lima orang anak, kalau diperlukan mereka dapat bantuan itu maka ia satu kemestian,” katanya.
  • Beliau juga bimbang pemberian bantuan ini adalah tindakan bermotifkan politik untuk keuntungan pihak-pihak tertentu akhirnya menyebabkan golongan memerlukan tidak dapat hak mereka.

KUALA LUMPUR: Golongan yang berpendapatan tinggi tidak wajar mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang sepatutnya diterima oleh mereka yang benar-benar memerlukan.

Tegas Pensyarah Pusat Pengajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Anuar Ahmad, bantuan itu perlu lebih bersasar supaya lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan dapat menerima manfaat inisiatif tersebut.

Sekiranya orang kaya pun menerimanya, maka jelas Anuar, nilai bantuan tersebut tidak dapat ditingkatkan dan capaiannya tidak dapat diperluaskan kepada lebih ramai penerima yang layak.

“Misalnya walaupun sebuah keluarga miskin itu mempunyai empat atau lima orang anak, kalau diperlukan mereka mendapat bantuan itu maka ia satu kemestian.

“Setiap sen yang kita berikan kepada kumpulan yang tidak memerlukan akan menyebabkan kumpulan yang memerlukan menerima kurang bantuan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

Beliau juga bimbang pemberian bantuan ini adalah satu tindakan bermotifkan politik untuk keuntungan pihak-pihak tertentu yang akhirnya menyebabkan golongan yang memerlukan tidak mendapat hak mereka.

Justeru beliau berharap mekanisme BAP menjadi perkara yang disemak dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan semula di Parlimen pada Jumaat ini.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *