Antarabangsa
Penjara lima tahun, denda lima juta riyal jika palsukan dokumen di Arab Saudi
Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan hukuman tegas ke atas individu yang terbabit dengan aktiviti pemalsuan dokumen.
- Tindakan tegas itu membabitkan perbuatan memalsukan tandatangan elektronik, rekod atau sijil digital serta individu yang menggunakan dokumen palsu.
- Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga lima juta Riyal Saudi.
- Alat peranti, sistem atau program yang digunakan untuk melakukan jenayah pemalsuan akan turut dirampas pihak berkuasa.
- Kegiatan pemalsuan dokumen diklasifikasikan sebagai jenayah berat di Arab Saudi.
RIYADH,28 Rejab 1444H, Isnin – Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan hukuman tegas ke atas individu yang terbabit dengan aktiviti pemalsuan dokumen.
Tindakan tegas itu membabitkan perbuatan memalsukan tandatangan elektronik, rekod atau sijil digital serta individu yang menggunakan dokumen palsu.
Mengikut undang-undang ditetapkan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga lima juta Riyal Saudi.
Selain hukuman itu, alat peranti, sistem atau program yang digunakan untuk melakukan jenayah pemalsuan akan turut dirampas pihak berkuasa.
Kegiatan pemalsuan dokumen diklasifikasikan sebagai jenayah berat di Arab Saudi.
Kerajaan Arab Saudi sangat menekankan komitmen melindungi integriti transaksi elektronik bagi memastikan individu yang terlibat dalam pemalsuan elektronik bertanggungjawab atas tindakan mereka. – Agensi
Sumber: Ismaweb