Connect with us

Terkini

Petronas pertahankan kedudukan, sahkan dua anak syarikatnya terima notis ‘Saisie-arret’

Petronas menyifatkan tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan dari segi undang-undang dalam perkara tersebut.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PETRONAS
Foto: Sumber Sinar Harian
  • Petronas pertahan kedudukan dari segi undang-undang dan menyifatkan tindakan diambil terhadapnya tidak berasas.
  • Kedua-dua anak syarikatnya disahkan Petronas menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai 2022.
  • Petronas jelaskan kedua-dua anak syarikat tersebut melupuskan semua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan telah dipulangkan sewajarnya.
  • Kenyataan yang dikeluarkan tersebut merujuk kepada laporan media Financial Times bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’.

KUALA LUMPUR – Petronas menyifatkan tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan dari segi undang-undang dalam perkara tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan tersebut merujuk kepada laporan media Financial Times bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’. 

“Petronas menjelaskan kedua-dua anak syarikat, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus telah melupuskan semua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan ini telah dipulangkan dengan sewajarnya,” kata syarikat gergasi petroleum Malaysia itu dalam kenyataan pada Selasa.

“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan ini telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai 2022,” katanya lanjut.

Waris Sultan Sulu sebelum ini menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Berdasarkan laporan Financial Times yang berpangkalan di London, pasukan peguam penuntut merampas dua anak syarikat milik Petronas yang diperbadankan di Luxemborg iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

Ia juga adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan pada tahun 2017 oleh waris Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Sumber : Sinar Harian

Author