Terkini
GST tidak akan diperkenalkan semula – PM
Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cukai kepenggunaan berasas luas yang lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Langkah lain akan diambil dalam usaha kurangkan perbelanjaan dan selesaikan liabiliti serta hutang kerajaan kini cecah RM1.5 trilion, mewakili 82 peratus dari KDNK negara. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
- “Apa yang kita akan perketatkan adalah pengurangan subsidi bagi golongan kaya seperti dilakukan dalam isu berkaitan subsidi elektrik.
- “Walaupun ada keputusan kerajaan sebelum ini untuk naikkan tarif elektrik, kerajaan sekarang sudah batalkan rancangan itu dan kenakannya hanya pada T20, syarikat multinasional dan syarikat besar, melainkan syarikat yang terbabit dalam keselamatan makanan,” katanya
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cukai kepenggunaan berasas luas yang lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, langkah lain akan diambil dalam usaha mengurangkan perbelanjaan dan menyelesaikan liabiliti dan hutang kerajaan yang kini mencecah RM1.5 trilion, mewakili 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
“Apa yang kita akan perketatkan adalah pengurangan subsidi bagi golongan kaya seperti dilakukan dalam isu berkaitan subsidi elektrik.
“Seperti yang saya jelaskan di Dewan ini dalam sesi lalu, walaupun ada keputusan kerajaan sebelum ini untuk menaikkan tarif elektrik, kerajaan sekarang sudah membatalkan rancangan itu dan mengenakannya hanya kepada T20, syarikat multinasional dan syarikat besar, melainkan syarikat yang terbabit dalam keselamatan makanan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Taiping) sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menangani beban hutang yang dihadapi negara.
Sumber: Berita Harian