Connect with us

Terkini

EKSKLUSIF: Wanita mengaku tidak bersalah, hina Islam semasa komediri

Seorang wanita yang menimbulkan kontroversi rentetan tular video persembahan komediri mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkait penghinaan terhadap agama Islam, lapor Free Malaysia Today.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Amy Crackhouse Comedy Club
Foto: Sumber Free Malaysia Today
  • Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkait penghinaan terhadap agama Islam.
  • Suspek didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam.
  • Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjarakan antara dua hingga lima tahun.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang menimbulkan kontroversi rentetan tular video persembahan komediri mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkait penghinaan terhadap agama Islam, lapor Free Malaysia Today.

Siti Nuramira Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Amy, didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan antara dua hingga lima tahun.

Amy ditahan oleh polis Bukit Aman pada Ahad lepas dan sejak itu, berada di bawah tahanan reman.

Terdahulu, tular video 54 saat menunjukkan seorang wanita berpakaian sopan membuat persembahan komediri di kelab tersebut.

Dalam persembahannya, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung dan tudung hingga berada dalam keadaan separuh bogel di hadapan penonton.

Sumber : Free Malaysia Today

 

Author