Connect with us

Terkini

Harga sayur meningkat 160 peratus, CAP gesa turunkan harga sayur segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera bagi menurunkan harga sayuran yang meningkat sehingga 160 peratus sejak sebulan lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Harga sayur meningkat 160 peratus, CAP gesa turunkan harga sayur segera
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa KPDNKSH dan Lembaga FAMA mengambil langkah segera bagi menurunkan harga sayuran yang meningkat sehingga 160 peratus sejak sebulan lalu.
  • Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, CAP menerima aduan peruncit yang mendakwa pengedar dan pemborong memberi amaran harga sayur akan meningkat beberapa minggu akan datang.
  • “Harga bendi dan kacang panjang sebelum ini hanya RM6 sekilogram, meningkat sebanyak RM16 dan RM12 manakala tomato (RM4.50 sekilogram), kacang (RM6 sekilogram) dan terung RM7 sekilogram kini berharga RM10 hingga RM12 sekilogram,” katanya.
  • “CAP berulang kali menggesa FAMA mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini bagi menghapuskan pencatutan orang tengah tetapi gesaan kami tidak didengari.”

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera bagi menurunkan harga sayuran yang meningkat sehingga 160 peratus sejak sebulan lalu.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, CAP juga menerima aduan daripada peruncit yang mendakwa bahawa pengedar dan pemborong turut memberi amaran bahawa harga sayur dijangka akan meningkat beberapa minggu akan datang.

“Harga bendi dan kacang panjang yang sebelum ini hanya RM6 sekilogram, masing-masing meningkat sebanyak RM16 dan RM12 manakala tomato (RM4.50 sekilogram), kacang (RM6 sekilogram) dan terung RM7 sekilogram kini masing-masing berharga antara RM10 hingga RM12 sekilogram,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohideen lagi, kenaikan harga barang perlu ditangani segera kerana ia akan memberi kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.

“Golongan ini akan terjejas teruk akibat kenaikan harga barangan dan tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan serta melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 perlu diambil.

“CAP sudah berulang kali menggesa supaya FAMA mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini bagi menghapuskan pencatutan orang tengah tetapi gesaan kami tidak didengari,” katanya lagi.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *