Terkini
“Tarik balik pelantikan Nurul Izzah,” – Ketua Pembangkang
Amalan nepotisme yang dilakukan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah Anwar, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.
- Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan amalan nepotisme yang dibawa Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.
- Katanya, pelantikan tersebut adalah tidak wajar, salah dan merosakkan imej kerajaan campuran hari ini.
- Selain itu, katanya, ia malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.
- “Perdana Menteri perlu menarik balik pelantikan ini. Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. Walk the talk please,” katanya.
KUALA LUMPUR – Amalan nepotisme yang dilakukan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah Anwar, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pelantikan tersebut adalah tidak wajar, salah dan merosakkan imej kerajaan campuran hari ini.
Selain itu, katanya, ia malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.
“Pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme dan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi Tan Sri Hassan Marican sudah pun bertindak sebagai penasihat kepada Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu berkata, konsep Malaysia Madani yang menggantikan konsep Keluarga Malaysia hanyalah retorik kosong.
“Ini kerana keutamaan Perdana Menteri nampaknya lebih terarah kepada ahli keluarga sendiri berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk Malaysia.
“Perdana Menteri perlu menarik balik pelantikan ini. Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. Walk the talk please,” katanya. – The Merdeka Times