Terkini
Tun Musa Hitam sanggah Rafizi yakin politik Malaysia stabil
Bekas Timbalan Perdana Menteri Ke-5, Tun Musa Hitam, menyanggah kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung keadaaan politik semasa yang dikatakan “paling stabil”.

- Tun Musa Hitam, menyanggah kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung keadaaan politik semasa yang dikatakan “paling stabil”.
- Selain paling stabil, Rafizi berkata kerajaan campuran semasa yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mampu melakukan transformasi.
- Musa bagaimanapun menyanggah dengan berkata apa-apa saja boleh berlaku kerana negara kerap digemparkan dengan percaturan politik untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
KUALA LUMPUR- Bekas Timbalan Perdana Menteri Ke-5, Tun Musa Hitam, menyanggah kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung keadaaan politik semasa yang dikatakan “paling stabil”.
Rafizi yang berucap sebelum Musa dalam Program “Parliament Lecture Series 1.0: Resetting the Economy” yang dianjurkan oleh Parlimen Malaysia berkata kerajaan campuran semasa yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mampu melakukan transformasi.
Musa bagaimanapun menyanggah keyakinan Ahli Parlimen Pandan itu terhadap pentadbiran kerajaan campuran hari ini.
Menurutnya, apa-apa saja boleh berlaku kerana negara kerap digemparkan dengan percaturan politik untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
“Now very comforting, assurance by mr minister. Saying that the political situation is stable. No lah, not quite sure.
“Certain groups are with you, yet not with you. Certain individuals promise one thing or the other it goes on and on but I would like to tell you.
“In the history of Malaysian politics. I can tell you, we never could be sure what is around the corner,” katanya dalam dialog berbahasa Inggeris di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya, politik akan dapat membantu Rafizi menetapkan semula ekonomi negara yang sedang dilanda cabaran ketika ini.
“Actually to begin with, we need to remind ourself that in spite of all other issues none politicals, it is actually politic and government first that need resetting,” katanya.
Forum ini merupakan kesinambungan kepada program Syarahan Yang di-Pertua (“Speaker’s Lecture Series”) yang julung kali diperkenalkan oleh Tan Sri Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pada 2019.
Ia sebagai pelaksanaan agenda reformasi parlimen badan perundangan tertinggi negara dan mendekatkan parlimen dengan masyarakat.
Selain itu, forum ini bertujuan menjadi sebuah medan ekspresi dan pertukaran buah fikir mengenai penyelesaian terhadap isu kritikal rakyat. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login