Connect with us

Antarabangsa

Media Inggeris dakwa berlaku parti seks libatkan paderi waktu lockdown Covid-19

Media Inggeris melaporkan tentang parti seks yang didakwa berlaku di Katedral Newcastle di England melibatkan paderi di sana.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Media Inggeris melaporkan tentang parti seks yang didakwa berlaku di Katedral Newcastle di England melibatkan paderi di sana.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media barat melaporkan tentang parti seks yang didakwa berlaku di Katedral Newcastle di England melibatkan paderi di sana, demikian lapor Narasi Newsroom dalam klip video di Instagram.
  • Parti seks itu didakwa berlaku di bawah pimpinan paderi Robert Byrne yang meletakkan jawatan sebagai paderi Hexham dan Newscastle pada Disember 2022.
  • Menurut Narasi Newsroom, pada masa ini, siasatan terhadap pesta seks sedang dijalankan oleh Vatican.

Media Inggeris melaporkan tentang parti seks yang didakwa berlaku di Katedral Newcastle di England melibatkan paderi di sana, demikian lapor Narasi Newsroom dalam klip video di Instagram.

Dakwaan itu timbul selepas seorang paderi, Michael McCoy dilaporkan menjemput jemaah ke parti persendirian di kompleks Katedral St. Paul. Mary di Newcastle semasa ‘lockdown’ kerana Covid-19.

Parti seks itu didakwa berlaku di bawah pimpinan paderi Robert Byrne yang meletakkan jawatan sebagai paderi Hexham dan Newscastle pada Disember 2022.

Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan Byrne tahu atau mengambil bahagian dalam dakwaan pesta seks itu.

Menurut Narasi Newsroom, pada masa ini, siasatan terhadap pesta seks sedang dijalankan oleh Vatican.

Sementara itu, Michael McCoy yang juga Pastor St. Mary di Newcastle sejak 2019, meninggal dunia akibat bunuh diri sebaik selepas polis membuka siasatan terhadap kes penderaan kanak-kanak yang terkait dirinya pada 2021.

Bagaimanapun, dia tidak didakwa atas sebarang kesalahan semasa kematiannya.

Sumber : Instagram Narasi Newsroom

 

 

 

Author