Connect with us

Antarabangsa

Laporan dedah sikap anti-Muslim rakyat Jerman

Pembentangan laporan kerajaan Jerman pada Rabu minggu lalu menonjolkan isu perkauman anti-Islam di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Laporan dedah sikap anti-Muslim rakyat Jerman
Foto: Menteri bagi Migrasi, Pelarian dan Integrasi Jerman, Reem Alabali-Radovan
  • Pembentangan laporan kerajaan Jerman pada Rabu minggu lalu menonjolkan isu perkauman anti-Islam di negara itu.
  • Menteri bagi Migrasi, Pelarian dan integrasi, Reem Alabali-Radovan berkata masalah perkauman anti-Islam berulang kali timbul semasa perbincangannya dengan wakil masyarakat Islam Jerman.
  • Berdasarkan tinjauan, kira-kira satu per lima daripada mereka yang disoal siasat mempunyai pendapat negatif terhadap orang Islam.
  • Satu per tiga daripada orang yang ditemu bual berkongsi pandangan bahawa bilangan orang Islam di Jerman harus dihadkan, dan 27 peratus percaya bahawa orang Islam terlalu ramai di Jerman.

BERLIN – Pembentangan laporan kerajaan Jerman pada Rabu minggu lalu menonjolkan isu perkauman anti-Islam di negara itu.

Menteri bagi Migrasi, Pelarian dan Integrasi Jerman, Reem Alabali-Radovan pada taklimat akhbar di Berlin menegaskan adalah “penting untuk menamakan dan membincangkan perkauman anti-Muslim dalam laporan ini”.

Katanya, masalah perkauman anti-Islam berulang kali timbul semasa perbincangan dengan wakil masyarakat Islam Jerman.

Berdasarkan tinjauan, kira-kira satu per lima daripada mereka yang disoal siasat mempunyai pendapat negatif terhadap orang Islam.

Satu per tiga daripada orang yang ditemu bual berkongsi pandangan bahawa bilangan orang Islam di Jerman harus dihadkan dan 27 peratus percaya orang Islam terlalu ramai di Jerman.

Laporan itu juga menunjukkan fakta bahawa umat Islam berdepan jenayah kebencian dan serangan tiap-tiap hari.

Pada 2021, 732 jenayah Islamofobia direkodkan dan 54 serangan ke atas institusi serta wakil Islam, demikian menurut laporan itu dipetik agensi berita Anadolu.

Negara dengan lebih 84 juta penduduk, Jerman mempunyai penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis. 

Jerman adalah rumah kepada hampir lima juta umat Islam, demikian menurut angka rasmi.

Sumber: AA

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *