Connect with us

Terkini

KPWKM tingkatkan usaha sokong wanita dalam pasaran kerja

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperbanyakkan usaha bagi menyokong penglibatan wanita secara produktif dalam pasaran kerja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPWKM tingkatkan usaha sokong wanita dalam pasaran kerja
Foto: Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Perkara itu akan terus dilaksanakan oleh KPWKM bersama pelbagai pihak terutamanya Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebagai langkah meningkatkan sumbangan wanita secara inklusif dalam pembangunan dan kemajuan negara. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri 
  • “Bagi pastikan keterlibatan wanita dalam pasaran kerja lebih efektif, sistem sokongan perlu ditingkatkan terutama dari aspek prasarana, dasar dan perundangan sewajarnya, selain menambah baik pelaksanaan program bagi tingkatkan penjanaan pendapatan golongan itu.
  • “Antara usaha kementerian (KPWKM) adalah wujudkan ekosistem yang kondusif agar wanita dapat terus terlibat aktif dalam pasaran kerja melalui inisiatif kemudahan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperbanyakkan usaha bagi menyokong penglibatan wanita secara produktif dalam pasaran kerja.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu akan terus dilaksanakan oleh KPWKM bersama pelbagai pihak terutamanya Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebagai langkah meningkatkan sumbangan wanita secara inklusif dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Beliau berkata isu pemerkasaan wanita dalam tenaga buruh dan kesaksamaan gender merupakan isu rentas sektor yang memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, khususnya sokongan kemahiran serta kepakaran dalam bidang tertentu.

“Bagi memastikan keterlibatan wanita dalam pasaran kerja lebih efektif, sistem sokongan perlu ditingkatkan terutama dari aspek prasarana, dasar dan perundangan sewajarnya, selain menambah baik pelaksanaan program bagi meningkatkan penjanaan pendapatan golongan itu.

“Antara usaha kementerian (KPWKM) adalah mewujudkan ekosistem yang kondusif agar wanita dapat terus terlibat aktif dalam pasaran kerja melalui inisiatif kemudahan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Dalam Radar: Wanita Dan Diversifikasi Sosioekonomi’ terbitan Bernama Radio pada Isnin.

Katanya mencapai kesaksamaan gender akan memberi banyak kelebihan kepada peningkatan pendapatan negara.

“Dalam konteks negara kita, penghapusan jurang gender di Malaysia dijangka mampu menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.2 peratus, bersamaan US$ 50 bilion.

“Oleh itu, menjadi tumpuan KPWKM untuk memastikan usaha penghapusan diskriminasi berasaskan gender dapat dilaksanakan,” katanya.

Sumber: Astro Awani

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *