Sekumpulan individu mengadakan protes di bandar utara Perancis, Trappes, pada Jumaat lalu, bagi menentang larangan pemakaian ‘abaya’ atau jubah oleh pelajar Muslim di sekolah.
Sekolah awam Perancis menghantar berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan 'abaya' mereka pada hari pertama tahun persekolahan, kata Menteri Pendidikan Gabriel Attal.
Pihak berkuasa Perancis sedang memantau lebih 500 sekolah bagi mengesan sebarang kemungkinan ada pelajar perempuan yang melanggar larangan baharu berhubung pemakaian abaya atau jubah.
Pihak berkuasa Perancis akan menguatkuasakan larangan pemakaian 'abaya' atau jubah dalam kalangan pelajar perempuan Islam di sekolah atas alasan pakaian terbabit melanggar undang-undang negara berkenaan.