Connect with us

Terkini

Perancis pantau larangan pemakaian abaya di sekolah

Pihak berkuasa Perancis sedang memantau lebih 500 sekolah bagi mengesan sebarang kemungkinan ada pelajar perempuan yang melanggar larangan baharu berhubung pemakaian abaya atau jubah.

Wartawan TMT

Published

on

Perancis pantau larangan pemakaian abaya di sekolah
Foto: Menteri Pendidikan Perancis, Gabriel Attal.
  • Pihak berkuasa Perancis sedang memantau lebih 500 sekolah bagi mengesan sebarang kemungkinan ada pelajar perempuan yang melanggar larangan baharu berhubung pemakaian abaya atau jubah.
  • Menteri Pendidikan, Gabriel Attal, menekankan perkara berkenaan, semalam, ketika pelajar memulakan sesi persekolahan baharu di seluruh negara.
  • Sebelum sesi persekolahan baharu bermula, beliau berkata, langkah telahpun diambil bagi mengenal pasti sekolah yang berkemungkinan menghadapi masalah terbabit.
  • “Terdapat 513 sekolah yang dikenal pasti berpotensi tercetus kebimbangan membabitkan soal itu pada permulaan sesi persekolahan baharu,” katanya kepada radio RTL.
  • Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju untuk ibu bapa turut dilarang mengenakan pakaian menampilkan kepentingan agama, ketika mereka menemani anak untuk ‘outing’ sekolah.
  • “Terdapat perbezaan antara apa yang berlaku di dalam sekolah dengan di luar sekolah. Yang penting bagi saya ialah apa yang berlaku di dalam sekolah,” katanya.

PARIS: Pihak berkuasa Perancis sedang memantau lebih 500 sekolah bagi mengesan sebarang kemungkinan ada pelajar perempuan yang melanggar larangan baharu berhubung pemakaian abaya atau jubah.

Menteri Pendidikan, Gabriel Attal, menekankan perkara berkenaan, semalam, ketika pelajar memulakan sesi persekolahan baharu di seluruh negara.

Bulan lalu, Kerajaan Perancis mengumumkan larangan memakai abaya di sekolah, dengan mendakwa ia melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan yang sebelum ini juga telah mengharamkan pemakaian tudung bagi Muslim.

Tindakan itu dialu-alukan pihak politik berhaluan kanan, namun mereka yang berhaluan kiri menganggapnya umpama penghinaan terhadap kebebasan awam.

“Terdapat 513 sekolah yang dikenal pasti berpotensi tercetus kebimbangan membabitkan soal itu pada permulaan sesi persekolahan baharu,” katanya kepada radio RTL.

Sebelum sesi persekolahan baharu bermula, beliau berkata, langkah telahpun diambil bagi mengenal pasti sekolah yang berkemungkinan menghadapi masalah terbabit.

Sehubungan itu, katanya, penyelia sekolah yang terlatih akan ditempatkan di sekolah tertentu.

Advertisement

Ada kira-kira 45,000 sekolah di Perancis, dengan 12 juta pelajar kembali ke institusi pendidikan berkenaan, semalam.

Bagaimanapun, Attal berkata, beliau tidak bersetuju untuk ibu bapa turut dilarang mengenakan pakaian yang menampilkan kepentingan agama, ketika mereka menemani anak untuk ‘outing’ sekolah.

“Terdapat perbezaan antara apa yang berlaku di dalam sekolah dengan di luar sekolah. Yang penting bagi saya ialah apa yang berlaku di dalam sekolah,” katanya.

Beberapa tokoh haluan kanan telah menggesa kerajaan supaya memperkenalkan pakaian seragam untuk pelajar di sekolah negeri, dan Attal memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan pelaksanaannya secara percubaan pada musim luruh.

“Saya tidak pasti sama ada ia akan menjadi penyelesaian ajaib kepada semua masalah sekolah, namun saya berpendapat ia wajar dicuba,” katanya.

Pada Mac 2004, Perancis memperkenalkan undang-undang melarang ‘pemakaian sebarang tanda atau pakaian di mana pelajar dilihat sebagai menunjukkan kaitan agama di sekolah.’

Advertisement

Tanda atau pakaian itu meliputi salib besar, kippa Yahudi dan tudung, manakala abaya pula tidak dilarang secara langsung hinggalah peraturan baharu kini diumumkan.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending