Agama
Drama islamik disulami kelucahan bercanggah prinsip Islam, matlamat tidak halalkan cara

- Dalam membawa mesej Islam, termasuk menerusi sebuah drama unsur kelucahan sama sekali tidak diperlukan, malah jelas bercanggah prinsip Islam itu sendiri.
- Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menegaskan bahawa mesej Islam akan tetap sampai tanpa elemen kelucahan dan matlamat yang baik juga tidak menghalalkan cara.
- Penegasan itu dikeluarkan Ahmad Sanusi susulan baru-baru ini heboh tentang drama berunsur Islamik disulami elemen kelucahan di mana pengarahnya ketika ditanya berkenaan isu tersebut menjelaskan bahawa drama berkenaan sekadar ingin membawakan mesej agama.
KUALA LUMPUR — Dalam membawa mesej Islam, termasuk menerusi sebuah drama unsur kelucahan sama sekali tidak diperlukan, malah jelas bercanggah prinsip Islam itu sendiri.
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menegaskan bahawa mesej Islam akan tetap sampai tanpa elemen kelucahan dan matlamat yang baik juga tidak menghalalkan cara.
Penegasan itu dikeluarkan Ahmad Sanusi susulan baru-baru ini heboh tentang drama berunsur Islamik disulami elemen kelucahan di mana pengarahnya ketika ditanya berkenaan isu tersebut menjelaskan bahawa drama berkenaan sekadar ingin membawakan mesej agama.
“Mungkin juga babak ini merupakan elemen kontroversi terancang bagi bertujuan menarik penonton melalui konsep ābad marketing.ā
“Andai plot ini merupakan instrumen pemasarannya, maka ia lebih teruk di sisi Islam. Rasulullah mengecam pengusaha sebegini yang menggunakan elemen kejelikan dalam produksi mereka.
“Sabda Rasulullah: āSesungguhnya para pengusaha (peniaga) akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan āfujjarā (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertakwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.ā (HR al-Tirmizi).
“Malah Rasulullah turut mengecam pengusaha yang menggunakan elemen lagha (sia-sia) dalam produk mereka apatah lagi mereka yang menggunakan unsur-unsur kelucahan yang menjengkelkan.
“Sabda Rasulullah: āWahai para peniaga, sesungguhnya perusahaan ini akan disertai dengan unsur lagha (sia-sia dan dosa) dan sumpah (bagi tujuan melariskan). Maka hapuskanlah ia dengan sedekah.ā (HR Ahmad),” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dr Ahmad Sanusi.
Turut disertakan dalam hantaran itu adalah poster yang memaparkan tangkap layar artikel bertajuk, “Babak usap janggut guna kaki, Erma Fatima cuma mahu sampaikan mesej mencari agama”.
Artikel itu antaranya melaporkan bahawa sebagai penulis skrip, Erma Fatima cuma mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat di luar sana agar lebih berhati-hati dalam mencari sesuatu ilmu agama.

Foto: Poster dimuat naik dalam hantaran Facebook Dr Ahmad Sanusi.
Erma dilapor berkata demikian ketika disoal mengenai adegan lakonan Vanida Imran mengusap janggut Faizal Hussein menggunakan kaki sehingga mencetuskan rasa kurang senang di mana netizen sebelum ini, mendakwa babak tersebut seolah-olah mengandungi unsur lucah yang boleh memberikan tanggapan negatif terhadap Islam.
Mengulas lanjut, Ahmad Sanusi mempersoalkan sekiranya elemen kelucahan itu dimuatkan secara sengaja, adakah kita ingin mencari sumber pendapatan melalui jalan dicegah Allah.
“Adakah makanan yang bakal menjadi darah daging kita ini, kita kaut hasilnya melalui elemen yang jelas dibenci oleh Rasulullah.
“Sumber yang haram akan pasti mengganggu ibadah dan doa kita.
“Sabda Rasulullah: āKemudian Baginda menyebutkan tentang seseorang yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh dalam keadaan kusut dan berdebu. Dia mengangkatkan kedua tangannya ke langit dan berdoa: Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dipenuhi dengan sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana doanya akan diterima? (HR Muslim),” katanya. — The Merdeka Times
