Connect with us

Antarabangsa

Tidak mampu tanggung kos pembakaran, dua beradik tinggal dengan mayat ibu selama seminggu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Ravalika yang berusia 25 tahun dan Ashvitha 22 tahun dilapor meletakkan mayat ibu mereka di bilik berlainan di kediamannya.
  • Keadaan ini terbongkar apabila jiran mula menghidu bau busuk dan memaklumkan kepada pihak polis.
  • Kedua-dua beradik itu dilapor telah menghubungi seorang saudara di Amberpet untuk meminta bantuan, malangnya panggilan mereka tidak dijawab.

INDIA – Gara-gara tidak mampu untuk menanggung kos pembakaran mayat, dua beradik perempuan tinggal bersama mayat ibu mereka selama seminggu.

Ravalika yang berusia 25 tahun dan Ashvitha 22 tahun dilapor meletakkan mayat ibu mereka di bilik berlainan di kediamannya.

C Lalitha, seorang suri rumah yang tinggal di Warasiguda, meninggal dunia akibat penyakit minggu lalu. Anak perempuannya, Ravalika bekerja di kedai saree manakala Ashvitha perancang acara.

Menurut laporan, bapa mereka telah meninggalkan keluarga itu pada tahun 2020 selepas berlaku pertelingkahan, menyebabkan mereka tidak mempunyai sokongan kewangan.

Keadaan ini terbongkar apabila jiran mula menghidu bau busuk dan memaklumkan kepada pihak polis. Pegawai polis kemudiannya membawa mayat tersebut ke hospital untuk bedah siasat.

Kedua-dua beradik itu dilapor telah menghubungi seorang saudara di Amberpet untuk meminta bantuan, malangnya panggilan mereka tidak dijawab.

Siasatan lanjut mengenai perkara ini sedang dijalankan. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *