Politik
Nga, Loke berazam jadikan DAP pilihan popular rakyat Malaysia

- Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berazam menjadikan parti politik dianggotai mereka sebagai pilihan popular masyarakat berbilang kaum Malaysia.
- Kor Ming berkata pertemuan beliau bersama Anthony Loke sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini berjaya mencapai kata sepakat di mana mereka akan berganding bahu membina parti DAP berbilang kaum yang kukuh, stabil, cekap, bersih serta menjana sinar harapan baru buat seluruh rakyat Malaysia.
- “Sehubungan itu juga, kami bersetuju akan cekal terus membantu kerajaan PERPADUAN merealisasikan aspirasi Malaysia Madani dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Kor Ming menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
KUALA LUMPUR — Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berazam menjadikan parti politik dianggotai mereka sebagai pilihan popular masyarakat berbilang kaum Malaysia.
Kor Ming berkata pertemuan beliau bersama Anthony Loke sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini turut mencapai kata sepakat di mana mereka akan berganding bahu membina parti DAP berbilang kaum yang kukuh, stabil, cekap, bersih dan menjana sinar harapan baru buat seluruh rakyat Malaysia.
“Sehubungan itu juga, kami bersetuju akan cekal terus membantu kerajaan PERPADUAN merealisasikan aspirasi Malaysia Madani dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Era keemasan kebangkitan Malaysia kini sudah tiba, misi negara memerlukan usaha keringat setiap kita.
“Perpaduan, kestabilan, keharmonian dan kemakmuran negara wajib kita bela dan jaga bersama. Semoga segala urusan dipermudahkannya,” kata Kor Ming menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Menerusi hantaran itu, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengimbas kembali persahabatannya bersama Anthony Loke yang terjalin selama lebih 20 tahun dan bagaimana mereka berjuang bersama dalam sayap Pemuda DAP selama bertahun-tahun.
“Yang saling berubah jawatan, yang kekal sama pula adalah persahabatan sejati dan semangat setiakawan kita berdua. Sehati, senada, sejiwa,” katanya.
Selain Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke merupakan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Seremban. — The Merdeka Times
