Connect with us

Terkini

Utamakan keperluan rakyat sebelum bantu bangunkan Gaza – Rafidah Aziz

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz
  • Walaupun inisiatif berkenaan merupakan satu perkara yang wajar dipuji namun menurut bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, beberapa perkara perlu diambil kira.
  • “Kemusnahan berlaku di atas tanah yang dipertikaikan, di mana hak milik belum dimuktamadkan sehingga badan penghakiman atau keputusan antarabangsa yang relevan mengeluarkan keputusan jelas dan tidak dapat dibantah di mana usaha pembangunan semula mungkin sia-sia.
  • “Perhatian perlu diberikan kepada negara kita, terutamanya kepada keadaan yang menyedihkan seperti masalah di sekolah dan hospital kerajaan luar bandar serta tempat beribadat,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau semalam.

SHAH ALAM – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menggesa kerajaan agar memberi keutamaan kepada keperluan rakyat sebelum memulakan rancangan untuk membangunkan semula Gaza yang musnah akibat serangan rejim Zionis.

Walaupun inisiatif berkenaan merupakan satu perkara yang wajar dipuji namun menurut bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, beberapa perkara perlu diambil kira.

“Kemusnahan berlaku di atas tanah yang dipertikaikan, di mana hak milik belum dimuktamadkan sehingga badan penghakiman atau keputusan antarabangsa yang relevan mengeluarkan keputusan jelas dan tidak dapat dibantah di mana usaha pembangunan semula mungkin sia-sia.

“Perhatian perlu diberikan kepada negara kita, terutamanya kepada keadaan yang menyedihkan seperti masalah di sekolah dan hospital kerajaan luar bandar serta tempat beribadat,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau semalam.

Foto: Tangkap layar hantaran FB Rafidah Aziz.

Rafidah turut mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Dana Kemanusiaan Khas sekiranya konflik di Gaza diselesaikan dengan jelas dan semua pihak menerima syarat yang dipersetujui.

Ujarnya, inisiatif tersebut boleh dilaksanakan dengan menjemput sektor swasta untuk menyumbang wang yang dikecualikan cukai, dengan penglibatan minimum atau tanpa melibatkan wang pembayar cukai lain oleh kerajaan.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza, Palestin.

Beliau berkata, pembinaan semula itu akan dijalankan melalui kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.

Bagaimanapun menurut Rafidah, masih banyak isu yang perlu dibantu dan diselesaikan di negara ini.

“Memang wajar untuk membantu dunia, tetapi sudah pasti itu bukan kerana ‘untuk meraih sokongan politik’, bukan?

“Begitu banyak yang perlu diselesaikan dan dilakukan di negara kita,” katanya. -The Merdeka Times

Author