Connect with us

Politik

Pertikai peruntukan Islam, Pemuda UMNO desak MCA Johor mohon maaf

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
  • “Saya nak tegaskan kepada MCA Johor, kenapa perlu pertikaikan bajet untuk pembangunan al-Quran dan bantuan Jakim dan dibandingkan dengan bantuan tol sempena Tahun Baru Cina? Seolah-olah perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan yang Islam adalah agama persekutuan untuk membantu umat Islam itu diperlekehkan.
  • “Apakah niat disebalik kenyataan ini? Nak membangkitkan rasa marah dikalangan rakyat? Kalau kamu nak marah sebab tak dapat tol percuma, itu kamu punya pasal lah, tapi jangan sampai bantuan kepada umat Islam kamu nak pertikaikan! Itu namanya bod** dan bangang!
  • “Kamu boleh padam kenyataan tersebut, tetapi kami desak, MCA Johor untuk memohon maaf dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, laporan polis akan kami lakukan!,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik kenyataan Facebook MCA Johor yang mengundang kemarahan itu.
  • MCA Johor hari ini bagaimanapun telah memohon maaf, khususnya kepada seluruh umat Islam ekoran penyiaran status Facebook yang mempertikai peruntukan berkaitan Islam berkenaan.

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengkritik dan mempersoalkan tindakan MCA Johor yang dilihat mempertikaikan peruntukan berkaitan Islam, termasuk berkenaan pembangunan al-Quran dan JAKIM dengan membandingkannya bersama bantuan tol sempena Tahun Baru Cina.

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau bukan sahaja mengkritik keras kenyataan MCA Johor itu malah ia turut menuntut permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan memberi amaran pihaknya akan membuat laporan polis jika MCA Johor gagal berbuat demikian.

Tegasnya, jika kenyataan MCA Johor itu dikeluarkan kerana mereka marah dengan keputusan kerajaan yang tidak memberikan tol percuma pada musim perayaan esok itu adalah permasalahan peribadi mereka dan tidak sepatutnya mereka mempersoalkan bantuan yang diberikan kepada umat Islam.

“Saya nak tegaskan kepada MCA Johor, kenapa perlu pertikaikan bajet untuk pembangunan al-Quran dan bantuan Jakim dan dibandingkan dengan bantuan tol sempena Tahun Baru Cina??? Seolah-olah perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan yang Islam adalah agama persekutuan untuk membantu umat Islam itu diperlekehkan.

“Apakah niat disebalik kenyataan ini?? Nak membangkitkan rasa marah di kalangan rakyat?? Kalau kamu nak marah sebab tak dapat tol percuma,itu kamu punya pasal lah, tapi jangan sampai bantuan kepada umat Islam kamu nak pertikaikan! Itu namanya bod** dan bangang!

“Kamu boleh padam kenyataan tersebut, tetapi kami desak, MCA Johor untuk memohon maaf dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, laporan polis akan kami lakukan!

“Cukuplah dengan pemikiran yang bodoh ini yang tidak habis-habis agama Islam seolah-olah diperlekehkan!! Tidak kira siapa kamu, jika dengan pemikiran sebegini, kami akan lawan habis-habisan,” kata Dr Akmal menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik kenyataan Facebook MCA Johor yang mengundang kemarahan itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Akmal Saleh.

Dalam perkembangan sama, MCA Johor hari ini memohon maaf, khususnya kepada seluruh umat Islam ekoran penyiaran status Facebook yang mempertikai peruntukan berkaitan Islam berkenaan.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook MCA JOHOR.

Mereka menjelaskan bahawa status itu dinaikkan tanpa sengaja oleh salah seorang pentadbir (admin) Facebook pada 26 Januari lalu, tanpa memaklumkan kepada pemimpin utama MCA Johor.

MCA Johor berkata pentadbir terbabit telah dikeluarkan daripada memiliki akses kepada laman Facebook itu, yang kini dikendalikan sepenuhnya oleh pentadbir baru.

“Sejujurnya kami di MCA Johor tidak pernah terlintas dan tiada niat untuk mengguris hati, jauh sekali menghina atau memperlekehkan agama Islam atau mana-mana agama dan kaum di negara ini.

“Sekali lagi, MCA Johor memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas apa yang berlaku. MCA Johor akan lebih berhati-hati dan memastikan kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.— The Merdeka Times

Author