Connect with us

Politik

Isu SMPC : Tidak mahu masyarakat Cina rasa dipinggirkan, Kerajaan Madani guna pendekatan baharu – Fadhlina

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
  • Merujuk isu peruntukan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang disalurkan Kementerian Kewangan baru-baru ini, Fadhlina berkata pihaknya yakin kepercayaan yang terbina dengan keikhlasan kerajaan Madani, akan mampu menyentuh hati mereka, lantas mengintegrasikan komuniti ini dalam keluarga besar Malaysia.
  • “Maka Kerajaan Madani mengambil pendekatan baharu, supaya masyarakat Cina tidak rasa dipinggirkan, atau merasakan mereka sebagai “warganegara kelas kedua,” tulis Fadhlina di laman Facebook rasminya.
  • Sabtu lalu, kerajaan memperuntukkan RM20,160,000 untuk diagihkan kepada 63 buah SMPC di seluruh negara sebagai tanda menghargai khidmat bakti mereka selama ini.

Kerajaan Madani menggunakan pendekatan baharu dalam memastikan masyarakat Cina tidak rasa dipinggirkan, atau merasakan mereka sebagai “warganegara kelas kedua”.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pemimpin perlu berjiwa besar untuk mendamaikan, bukan untuk melaga-lagakan komuniti berbeza dalam sesebuah masyarakat majmuk.

Merujuk isu peruntukan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang disalurkan Kementerian Kewangan baru-baru ini, Fadhlina berkata pihaknya yakin kepercayaan yang terbina dengan keikhlasan kerajaan Madani, akan mampu menyentuh hati mereka, lantas mengintegrasikan komuniti ini dalam keluarga besar Malaysia.

“Maka Kerajaan Madani mengambil pendekatan baharu, supaya masyarakat Cina tidak rasa dipinggirkan, atau merasakan mereka sebagai “warganegara kelas kedua,” tulis Fadhlina di laman Facebook rasminya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak terjerat dengan mentality “zero-sum-game” (apa yang satu pihak peroleh adalah kehilangan bagi pihak lain).

Ia berikutan RM150 juta juga telah diperuntukkan kepada sekolah tahfiz dan institusi yang melaksanakan KAFA di premis bukan Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam Belanjawan 2025.

“Sementara fokus ditumpukan kepada peruntukan SMPC yang disalurkan Kementerian Kewangan, jangan kita mudah lupa bahawa RM150 juta telah diperuntukkan kepada sekolah tahfiz dan institusi yang melaksanakan KAFA di premis bukan Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam Belanjawan 2025.

“Jangan kita terjerat dengan mentaliti “zero-sum-game” dalam isu ini. Hakikatnya, SMPC juga mengambil inisiatif untuk mengadunkan dirinya ke dalam masyarakat Malaysia,” tulis beliau.

Sabtu lalu, kerajaan memperuntukkan RM20,160,000 untuk diagihkan kepada 63 buah SMPC di seluruh negara sebagai tanda menghargai khidmat bakti mereka selama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri akan menyerahkan bantuan tersebut kepada sekolah-sekolah berkenaan berbanding mewakilkan kepada pihak lain sebelum ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *