Connect with us

Antarabangsa

Harga barang di Gaza melambung naik 300 peratus

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Daging merah dan putih di Gaza melonjak naik setelah empat bulan.
  • Harga sayur-sayuran turut naik.
  • Harga barangan naik melebihi 300 peratus.

GAZA —  Daging ayam dan daging merah kembali dijual di Semenanjung Gaza setelah empat bulan tidak dijual ekoran penutupan sempadan dan sekatan yang dikenakan Israel ke atas barangan, bekalan dan bantuan kepada Palestin.

Menurut agensi berita Watan, akibat tindakan rejim zionis itu, 2.4 juta penduduk Gaza menghadapi masalah kekurangan bekalan  makanan dan barangan keperluan.

Ia ditambah dengan polisi Israel membiarkan rakyat Palestin kebuluran dengan harapan tekanan ketenteraan dan ekonomi itu akan memaksa kumpulan pejuang Palestin untuk membebaskan tawanan Israel.

Harga sayur-sayuran telah melonjak ke paras yang tidak pernah dicecah sebelum perang Oktober 2023.

Sesetengah barangan naik melebihi 300 peratus.

Menurut Watan, harga 25 kilogram tepung gandum naik kepada AS$150 berbanding harga sebelum ini sebanyak AS$25.

Jaminan makanan di Gaza telah memasuki fasa kritikal yang memberi kesan kepada hampir 90 peratus penduduk.

Pengangguran pula melepasi 90 peratus manakala kemiskinan melebihi 85 peratus. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *