Connect with us

Antarabangsa

Gencatan senjata di Gaza sedang dimuktamadkan – Pegawai Palestin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Syarat-syarat perdamaian antara Hamas dan Israel ke arah pelaksanaan gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan sedang dimuktamad, demikian menurut seorang pegawai Palestin yang arif mengenai rundingan itu.
  • Dalam perjanjian itu Israel bersetuju membebaskan 1,000 tebusan Palestin termasuk 190 yang menjalani hukuman penjara 15 tahun dan lebih.
  • Sebagai ganti, Hamas bersetuju melepaskan 34 tahanan.

Syarat-syarat perdamaian antara Hamas dan Israel ke arah pelaksanaan gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan sedang dimuktamad, demikian menurut seorang pegawai Palestin yang arif mengenai rundingan itu.

Sementara itu BBC melaporkan seorang pegawai Israel dipetik sebagai berkata rundingan kini di peringkat akhir dan ianya dijangka dimuktamadkan dalam tempoh “beberapa jam, hari atau lebih”.

Ahad lalu Presiden AS Joe Biden dilaporkan telah berjumpa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Turut hadir pengantara rundingan Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani pada Isnin.

Seorang pegawai Palestin juga memberitahu BBC bahawa pegawai Hamas dan Israel sedang menjalankan perbincangan tidak secara langsung di lokasi sama.

Dan tujuh hari kemudian Hamas pula akan membebaskan empat lagi tebusan manakala Israel akan membuka laluan untuk penduduk selatan untuk pulang ke Utara dengan berjalan kaki melalui laluan pesisir.

Tidak semua kenderaan dibenarkan melalui jalan berkenaan.

Pergerakan mereka akan dipantau oleh mesin sinar-X dikendalikan pasukan keselamatan teknikal Qatar-Mesir.

Perjanjian itu juga menyatakan tentera Israel akan kekal di koridor Philadelphi dan mengawasi zon penampan sepanjang 800 meter di timur dan utara sempadan bagi fasa pertama selama 42 hari.

Dalam perjanjian itu Israel bersetuju membebaskan 1,000 tebusan Palestin termasuk 190 yang menjalani hukuman penjara 15 tahun dan lebih.

Sebagai ganti, Hamas bersetuju melepaskan 34 tahanan.

Rundingan bagi fasa kedua dan ketiga perjanjian dijadual bermula pada hari ke 16 gencatan senjata.-The Merdeka Times

Author