Connect with us

Politik

ADUN Bemban bidas pemimpin DAP mahu tukar nama Jalan Hang Tuah ke Jonker Walk 2.0

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bemban, Dr Yadzil Yaakub.
  • Cadangan pemimpin DAP Melaka, Low Chee Leong untuk menjenamakan semula Jalan Hang Tuah sebagai Jonker Walk 2.0 bagi menarik kedatangan pelancong dikritik  Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bemban, Dr Yadzil Yaakub.
  • “Lupakanlah niat itu. Tidak perlu penjenamaan semula untuk menarik pelancong yang ada.
  • “Sepatutnya nama-nama jalan di Melaka perlu menggunakan nama dalam sejarah Kesultanan Melaka sebagai tanda nasionalisme dan kesetiaan kepada negara,” katanya dalam hantaran Facebooknya.

Cadangan pemimpin DAP  Melaka, Low Chee Leong untuk menjenamakan semula Jalan Hang Tuah sebagai Jonker Walk 2.0 bagi menarik kedatangan pelancong dikritik  Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bemban, Dr Yadzil Yaakub.

Menurut Dr Yadzil, Jalan Hang Tuah tidak perlu dijenamakan semula untuk menarik pelancong malah nama tersebut perlu dikekalkan sebagai lambang sejarah Melaka yang merupakan tarikan utama pengunjung dari dalam dan luar negeri itu.

“Lupakanlah niat itu. Tidak perlu penjenamaan semula untuk menarik pelancong yang ada.

“Sepatutnya nama-nama jalan di Melaka perlu menggunakan nama dalam sejarah Kesultanan Melaka sebagai tanda nasionalisme dan kesetiaan kepada negara,” katanya dalam hantaran Facebooknya.

Dr Yadzil merujuk cadangan setiausaha organisasi DAP Melaka Low Chee Leong untuk mewujudkan Jonker Walk 2.0 di Jalan Hang Tuah selepas kejayaan pasar malam di Jalan Hang Jebat yang turut diberi jolokan ‘China town’.

Low yang juga ADUN Kota Laksamana berkata kawasan di Jalan Hang Tuah berpotensi merancakkan lagi ekonomi peniaga dan masyarakat setempat kerana mempunyai ruang siar kaki lebih luas berbanding Jonker Walk sedia ada.

Dr Yadzil berkata DAP seharusnya terus menentang penutupan jalan di Bandar Hilir, yang lantang disuarakan ketika sebelum menyertai kerajaan perpaduan di Melaka, bukannya mengganggu tapak perniagaan majoriti orang melayu.

“DAP seharusnya teruskan usaha mereka dulu yang keras menentang penutupan jalan di Bandar Hilir sehingga merugikan peniaga-peniaga sekitar serta menyusahkan pelancong yang berkunjung ke bandar Melaka.

“Kenapa DAP terus berdiam diri daripada memperjuangkan nasib peniaga-peniaga ini setelah bergabung dengan kerajaan negeri Melaka?

“Jangan jadikan Jalan Hang Tuah yang telah menjadi tapak perniagaan yang baik terutama untuk orang melayu sebagai kawasan ganti Jonker Walk yang terjejas akibat zon bebas kenderaan,” katanya. – The Merdeka Times

Author