Connect with us

Antarabangsa

Uttar Pradesh: Imam ditahan, didenda lebih RM10,000 kerana guna pembesar suara laung azan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Imam yang dikenali sebagai Tahzeeb
  • Seorang imam berusia 23 tahun ditangkap dan didenda Rs 2 lakh (RM10,561) kerana menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan di masjid dalam satu insiden di Sambhal, Uttar Pradesh, India, baru-baru ini.
  • Menurut laporan media dipetik Siasat Daily, insiden itu berlaku di Masjid Anal Wali di Kot Garvi di tengah-tengah ketegangan kaum yang semakin memuncak akibat keganasan berhubung isu masjid besar tertua era Mughal, Masjid Shahi Jama.
  • Imam yang dikenali sebagai Tahzeeb itu ditahan dan didenda berikutan aduan dibuat anasir sayap kanan, menuduhnya menggunakan pembesar suara pada kelantangan bunyi berlebihan.

Seorang imam berusia 23 tahun ditangkap dan didenda Rs 2 lakh (RM10,561) kerana menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan di masjid dalam satu insiden di Sambhal, Uttar Pradesh, India, baru-baru ini.

Menurut laporan media dipetik Siasat Daily, insiden itu berlaku di Masjid Anal Wali di Kot Garvi di tengah-tengah ketegangan kaum yang semakin memuncak akibat keganasan berhubung isu masjid besar tertua era Mughal, Masjid Shahi Jama.

Imam yang dikenali sebagai Tahzeeb itu ditahan dan didenda berikutan aduan dibuat anasir sayap kanan, menuduhnya menggunakan pembesar suara pada kelantangan bunyi berlebihan.

Majistret sub bahagian (SDM) Sambhal Vandana Mishra berkata langkah pencegahan telah diambil memandangkan gangguan yang berlaku di kawasan itu.

Susulan denda itu, imam terbabit dibebaskan dengan ikat jamin tetapi dengan syarat tidak akan menggunakan pembesar suara selama enam bulan akan datang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *