Connect with us

Terkini

Tiada kenaikan yuran TASKA, TABIKA KEMAS

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Tiada kenaikan yuran membabitkan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi sesi persekolahan tahun depan.
  • “Kerajaan MADANI melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat,” katanya dipetik media tempatan di sini semalam.
  • Kenyataan itu dikeluarkan susulan kebimbangan masyarakat, terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA kendalian KEMAS berikutan laporan berita bertajuk ‘Yuran taska dan tadika meningkat hingga 25 peratus’.
  • Berita Harian pada Oktober lalu melaporkan yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan TASKA seluruh negara dijangka naik antara 20 hingga 25 peratus pada tahun depan, susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Februari depan.

KUALA LUMPUR — Tiada kenaikan yuran membabitkan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi sesi persekolahan tahun depan.

Unit Komunikasi Korporat KEMAS berkata pihaknya sentiasa cakna akan bebanan kos sara hidup didepani masyarakat ketika ini.

“KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

“Kerajaan MADANI melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat,” katanya dipetik media tempatan di sini semalam.

KEMAS memaklumkan kenyataan itu dikeluarkan susulan kebimbangan masyarakat, terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA kendalian KEMAS berikutan laporan berita bertajuk ‘Yuran taska dan tadika meningkat hingga 25 peratus’.

“Merujuk kepada laporan terbabit, kami ingin memaklumkan bahawa ia tidak membabitkan TABIKA dan TASKA di bawah kendalian kami.

“Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Berita Harian pada Oktober lalu melaporkan yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan TASKA seluruh negara dijangka naik antara 20 hingga 25 peratus pada tahun depan susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Februari depan.

Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, selain Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia yang menaungi pengusaha taska mengesahkan kenaikan yuran perkhidmatan ditawarkan kira-kira 4,500 ahli mereka susulan kenaikan kos operasi.

Penasihat Kehormat PERTIM, Zaharah Awang dilaporkan berkata kira-kira 1,000 ahlinya di seluruh negara bersiap sedia menaikkan yuran perkhidmatan tadika mereka susulan kenaikan kos operasi bukan saja membabitkan gaji pekerja terutama guru, malah kenaikan kos bahan mentah untuk makanan dan bahan bantu mengajar, selain kadar sewa serta bil utiliti. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *