Connect with us

Terkini

Pengiring VVIP perlu beri laluan, utamakan ambulans, bomba di jalan raya

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata Seksyen 21 Akta Polis 1967 (Akta 344) memperuntukkan Pegawai Polis diberi kuasa mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas, termasuk menjalankan tugas iring kawal keselamatan di jalan-jalan awam dalam menjalankan tugas iring kawal keselamatan.
  • KDN berkata elemen-elemen PDRM diatur gerak mengikut tahap keselamatan diperlukan contohnya mengiringi kawal bahan berbahaya, bahan letupan, senjata api, banduan, kenamaan-kenamaan dan lain-lain mengikut garis panduan (SOP) ditetapkan.
  • “Dalam memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi, petugas iring kawal akan bertindak mengikut peruntukan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 (Akta 344).
  • “Walaupun demikian, pegawai/anggota PDRM yang bertugas mengiring VVIP perlu seberapa segera memberi keutamaan dan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti Ambulans dan Bomba seperti mana yang ditetapkan Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 [LN 166/59],” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen pada Khamis.

KUALA LUMPUR — Pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas mengiring VVIP perlu seberapa segera memberi keutamaan dan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans dan bomba.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata Seksyen 21 Akta Polis 1967 (Akta 344) memperuntukkan Pegawai Polis diberi kuasa mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas, termasuk menjalankan tugas iring kawal keselamatan di jalan-jalan awam dalam menjalankan tugas iring kawal keselamatan.

KDN berkata elemen-elemen PDRM diatur gerak mengikut tahap keselamatan diperlukan contohnya mengiringi kawal bahan berbahaya, bahan letupan, senjata api, banduan, kenamaan-kenamaan dan lain-lain mengikut garis panduan (SOP) ditetapkan.

“Dalam memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi, petugas iring kawal akan bertindak mengikut peruntukan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 (Akta 344).

“Walaupun demikian, pegawai/anggota PDRM yang bertugas mengiring VVIP perlu seberapa segera memberi keutamaan dan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti Ambulans dan Bomba seperti mana yang ditetapkan Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/59).

“Ini selari dengan peranan KDN selaku kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam dalam negara memainkan peranan amat penting untuk menyediakan platform yang selamat dan aman bagi menyokong pembangunan negara berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan demi memastikan hasrat Agenda Malaysia MADANI dicapai,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini pada Khamis.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan di persimpangan jalan dan jalan raya, antara kenderaan polis yang mengiringi seorang VVIP dan sebuah ambulans yang membawa mangsa kemalangan atau pesakit ke hospital, siapa mempunyai hak laluan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *