Antarabangsa
Muhammad nama paling popular bayi lelaki di England, Wales pada 2023
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2024/12/Muhammad-nama-paling-popular-bayi-lelaki-di-England-Wales-pada-2023-01.jpg)
- Muhammad menjadi nama pilihan utama ibu bapa menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi didaftarkan dengan nama itu.
- Data Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis sebagai berkata, Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, dengan mengatasi nama teratas sebelum ini, Noah.
- Nama itu menjadi antara 10 nama teratas di England dan Wales untuk bayi lelaki sejak 2016.
Muhammad menjadi nama pilihan utama ibu bapa menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi didaftarkan dengan nama itu.
Data Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis sebagai berkata, Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, dengan mengatasi nama teratas sebelum ini, Noah.
Nama itu menjadi antara 10 nama teratas di England dan Wales untuk bayi lelaki sejak 2016.
Data ONS menunjukkan Muhammad dan Noah diikuti Oliver sebagai nama kegemaran ketiga untuk kanak-kanak lelaki.
Olivia kekal sebagai pilihan utama untuk bayi perempuan, diikuti Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022. – The Merdeka Times
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/tmt-new-logo-black.png)
Teruskan Membaca