Connect with us

Terkini

KPT teliti cadangan saringan kesihatan minda terhadap pelajar

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan lanjut.
  • “Kita akan lihat apa cadangan (pemeriksaan kesihatan minda) diberikan (sebelum sebarang keputusan dibuat).
  • “Sekarang kita masih di peringkat perbincangan,” katanya dipetik media tempatan ketika ditemui selepas menghadiri Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) sempena Festival Idea Putrajaya hari ini.
  • Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kementeriannya akan mengikut langkah Kementerian Pendidikan (KPM) yang melaksanakan program Saringan Minda Sihat bagi mengesan tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti cadangan untuk menjalankan saringan kesihatan minda dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan lanjut.

“Kita akan lihat apa cadangan (pemeriksaan kesihatan minda) diberikan (sebelum sebarang keputusan dibuat).

“Sekarang kita masih di peringkat perbincangan,” katanya dipetik media tempatan ketika ditemui selepas menghadiri Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) sempena Festival Idea Putrajaya hari ini.

Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kementeriannya akan mengikut langkah Kementerian Pendidikan (KPM) yang melaksanakan program Saringan Minda Sihat bagi mengesan tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid.

Saringan itu dijalankan sekali setahun untuk semua murid Tahun Lima hingga Tingkatan Enam, manakala murid yang dikenal pasti menghadapi gangguan emosi teruk akan menjalani saringan tambahan dua kali setahun.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) sama ada pihak kementerian akan memperkenalkan program sokongan psikologi dan kaunseling lebih menyeluruh untuk pelajar dan guru, khususnya selepas berlakunya insiden tragik seperti di Sekolah Kuen Cheng dan Sekolah Menengah Chung Hua.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *