Connect with us

Antarabangsa

Tentera rejim Israel paksa kanak-kanak di Gaza buka baju, pakaian

Kanak-kanak Palestin memberitahu mereka dipaksa tentera Israel membuka pakaian mereka di bandar Al-Qarara, selatan Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kanak-kanak Palestin yang dipaksa tentera Israel membuka pakaian mereka di bandar Al-Qarara, selatan Gaza.
  • Kanak-kanak Palestin memberitahu mereka dipaksa tentera Israel membuka pakaian mereka di bandar Al-Qarara, selatan Gaza.
  • Tentera rejim bergerak memasuki bandar itu ketika pengeboman berat berlaku pada awal Rabu, lapor wartawan Anadolu.
  • Dalam keterangan mereka, kanak-kanak itu berkata askar Israel menyerbu beberapa rumah di bandar tersebut dan memaksa mereka menanggalkan baju.
  • Beberapa orang, termasuk wanita, turut ditahan semasa operasi berkenaan.
  • Anadolu merakam imej kanak-kanak yang dipaksa menanggalkan pakaian mereka ketika mereka tiba di Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir al-Balah di tengah wilayah Gaza.

Kanak-kanak Palestin memberitahu mereka dipaksa tentera Israel membuka pakaian mereka di bandar Al-Qarara, selatan Gaza.

Tentera rejim bergerak memasuki bandar itu ketika pengeboman berat berlaku pada awal Rabu, lapor wartawan Anadolu.

Dalam keterangan mereka, kanak-kanak itu berkata askar Israel menyerbu beberapa rumah di bandar tersebut dan memaksa mereka menanggalkan baju.

Beberapa orang, termasuk wanita, turut ditahan semasa operasi berkenaan.

Anadolu merakam imej kanak-kanak dipaksa menanggalkan pakaian mereka ketika mereka tiba di Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir al-Balah di tengah wilayah Gaza.

Tiada sebarang komen dari pihak Israel setakat ini ketika laporan dibuat.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza sejak serangan Hamas 7 Oktober lalu walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuntut gencatan senjata segera. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending