Connect with us

Antarabangsa

Siarkan kandungan sensual di saluran kanak-kanak, badan advokasi lancar petisyen kecam Viacom 

Kumpulan advokasi ibu bapa One Million Moms (1MM) melancarkan petisyen mengecam konglomerat media multinasional Amerika Syarikat (AS), Viacom kerana menyiarkan Anugerah Muzik Video (VMA) MTV dengan paparan eksplisit seksual di saluran kanak-kanak, Nickelodeon.

Wartawan TMT

Published

on

Siarkan kandungan sensual di saluran kanak-kanak, badan advokasi lancar petisyen kecam Viacom 
Foto: Syarikat Viacom.
  • Kumpulan advokasi ibu bapa One Million Moms (1MM) melancarkan petisyen mengecam konglomerat media multinasional Amerika Syarikat (AS), Viacom kerana menyiarkan Anugerah Muzik Video (VMA) MTV dengan paparan eksplisit seksual di Nickelodeon.
  • Kumpulan advokasi berkenaan menuntut supaya Viacom tidak membenarkan lagi rancangan anugerah muzik untuk golongan dewasa itu disiarkan di saluran kanak-kanak terbabit.
  • Rancangan itu dilaporkan disiarkan ketika kebanyakan kanak-kanak masih terjaga dan disiarkan waktu siaran perdana.
  • “Kandungan seksual eksplisit pada program ini tidak sesuai untuk sesiapa sahaja,, terutamanya kanak-kanak,” kata 1MM dipetik portal Christian Post dalam laporannya hari ini.
  • VMA yang disiarkan Selasa lalu itu menampilkan pemakaian artis dan penari persembahan seperti tidak berpakaian dan koreografi sensual selain tujahan pinggul, ‘air humping’ dan ‘twerking’.

Kumpulan advokasi ibu bapa One Million Moms (1MM) melancarkan petisyen mengecam konglomerat media multinasional Amerika Syarikat (AS), Viacom kerana menyiarkan Anugerah Muzik Video (VMA) MTV dengan paparan eksplisit seksual di saluran kanak-kanak, Nickelodeon.

Kumpulan advokasi berkenaan menuntut supaya Viacom tidak membenarkan lagi rancangan anugerah muzik untuk golongan dewasa itu disiarkan di saluran kanak-kanak terbabit.

1MM dalam kenyataannya mengecam konglomerat media itu yang memaparkan kandungan penghibur berpakaian mendedahkan tubuh badan mereka serta menampilkan tarian berunsur seksual.

Rancangan itu dilaporkan disiarkan ketika kebanyakan kanak-kanak masih terjaga dan disiarkan waktu siaran perdana.

“Kandungan seksual eksplisit pada program ini tidak sesuai untuk sesiapa sahaja,, terutamanya kanak-kanak,” kata 1MM dipetik portal Christian Post dalam laporannya hari ini.

VMA yang disiarkan Selasa lalu itu menampilkan pemakaian artis dan penari persembahan seolah-olah tidak berpakaian dan koreografi sensual selain tujahan pinggul, ‘air humping’ dan ‘twerking’.

Pengkritik menyifatkan tindakan VMA di saluran kanak-kanak itu sebagai perbuatan “mengerikan dan tidak bertanggungjawab”. 

Manakala, ada kelompok membuat spekulasi bahawa konglomerat media multinasional AS itu sedang membentuk generasi peminat-peminat MTV untuk masa akan datang.

Sumber: Christian Post

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending