Antarabangsa
Umat Islam di Gurugram dalam ketakutan selepas serangan ke atas masjid, perniagaan
Masjid Anjuman Jama di Sektor 57 Gurugram kelihatan lengang. Kira-kira 10 pegawai polis berdiri di hadapan struktur konkrit itu, yang dahulunya menempatkan sehingga 450 jemaah tetapi kini menjadi timbunan serpihan dan abu.
- Masjid Anjuman Jama di Sektor 57 Gurugram kelihatan lengang. Kira-kira 10 pegawai polis berdiri di hadapan struktur konkrit itu, yang dahulunya menempatkan sehingga 450 jemaah tetapi kini menjadi timbunan serpihan dan abu
- Kedai-kedai di Sektor 70A dan Sektor 66 Gurugram dibakar pada petang Selasa, manakala ahli Bajrang Dal mengadakan perhimpunan di bandar Bahadurgarh Haryana dengan menjerit slogan kebencian seperti “Desh ke gaddaron ko, Goli maaro saalon ko” (“Tembak pengkhianat negara kita ”), laungan yang digunakan secara meluas oleh ahli politik BJP terhadap umat Islam semasa protes Akta Pindaan Anti-Kewarganegaraan pada 2019 dan 2020.
- Pihak berkuasa di Haryana mengerahkan tentera tambahan, menguatkuasakan perintah berkurung dan menggantung internet berikutan pergolakan itu.
- Bagaimanapun, langkah itu tidak menghalang perusuh Hindu daripada menyerang kedai milik orang Islam, kedai makan di tepi jalan, hartanah dan tempat ibadat di Gurugram serta di bandar berdekatan seperti Sohna, kata penduduk
Gurugram, India – Masjid Anjuman Jama di Sektor 57 Gurugram kelihatan lengang. Kira-kira 10 pegawai polis berdiri di hadapan struktur konkrit itu, yang dahulunya menempatkan sehingga 450 jemaah tetapi kini menjadi timbunan serpihan dan abu.
Menurut laporan Al Jazeera, masjid itu adalah salah satu daripada beberapa tempat untuk umat Islam beribadat di Gurugram, pinggir bandar yang majoriti penduduknya beragama Hindu di ibu negara India, New Delhi, diserang pada malam 31 Julai oleh perusuh sayap kanan Hindu.
Penyerang dikatakan membakar masjid dan membunuh seorang imam muda, Mohammad Saad yang berusia 22 tahun yang berada di dalam masjid ketika itu.
Serangan itu berlaku beberapa jam selepas keganasan kaum maut meletus di daerah Nuh di negeri Haryana.
Seorang pereka dalaman yang kerap bersolat di masjid yang dibakar itu, Mohammad Faheem Kazmi berkata dia berasa ngeri dengan kejadian itu.
“Serangan ini adalah membalas dendam untuk Nuh,” kata lelaki berusia 32 tahun itu yang menetap di kawasan itu sejak 2011 kepada AlJazeera.
Pihak berkuasa di Haryana mengerahkan tentera tambahan, menguatkuasakan perintah berkurung dan menggantung internet berikutan pergolakan itu.
Bagaimanapun, langkah itu tidak menghalang perusuh Hindu daripada menyerang kedai milik orang Islam, kedai makan di tepi jalan, hartanah dan tempat ibadat di Gurugram serta di bandar berdekatan seperti Sohna, kata penduduk.
Kedai-kedai di Sektor 70A dan Sektor 66 Gurugram dibakar pada petang Selasa, manakala ahli Bajrang Dal mengadakan perhimpunan di bandar Bahadurgarh Haryana dengan menjerit slogan kebencian seperti “Desh ke gaddaron ko, Goli maaro saalon ko” (“Tembak pengkhianat negara kita ”), laungan yang digunakan secara meluas oleh ahli politik BJP terhadap umat Islam semasa protes Akta Pindaan Anti-Kewarganegaraan pada 2019 dan 2020.
Bercakap mengenai keganasan pada Selasa lalu, Pesuruhjaya Polis Gurugram, Kala Ramachandran memberitahu AlJazerra bahawa “beberapa kiosk telah rosak dalam pembakaran”.
“Prima facie (pada impresi pertama) lelaki yang kami kumpulkan tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan tertentu. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,” kata pesuruhjaya polis itu
Terdapat juga pejabat syarikat seperti Google dan Deloitte terletak hanya beberapa kilometer dari tapak keganasan di Gurugram, yang diberi nama “bandar milenium” kerana menarik syarikat multinasional dan menganjurkan pusat beli-belah kelas atasan.
Pergolakan di Haryana berlaku sebulan sebelum pemimpin global dijangka tiba di New Delhi untuk sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20).
Perdana Menteri, Narendra Modi tidak mengulas mengenai keganasan itu yang berlaku sehari selepas seorang pegawai keselamatan kereta api membunuh seorang rakan sekerjanya dan tiga penumpang Islam dalam insiden yang disifatkan ramai sebagai jenayah kebencian.
Sumber: Al Jazeera
You must be logged in to post a comment Login