Connect with us

Terkini

Turkiye, Malaysia kerjasama tangani Islamofobia

Turkiye dan Malaysia akan mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala mereka serta bersama-sama menangani kebimbangan berkaitan Islamofobia, kata Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
  • Turkiye dan Malaysia akan mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala mereka serta bersama-sama menangani kebimbangan berkaitan Islamofobia, kata Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan.
  • Fidan berkata, perkara itu dibincangkan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang ketika itu berada di Iran untuk lawatan rasmi sulungnya ke Iraq dari Rabu hingga Jumaat.
  • “Semasa pertemuan itu, perbincangan diadakan mengenai potensi jalinan kerjasama mengenai hubungan dua hala kami dan isu Islamofobia,” lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan.

BAGHDAD (Iraq): Turkiye dan Malaysia akan mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala mereka serta bersama-sama menangani kebimbangan berkaitan Islamofobia, kata Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan.

Fidan berkata, perkara itu dibincangkan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang ketika itu berada di Iran untuk lawatan rasmi sulungnya ke Iraq dari Rabu hingga Jumaat.

“Semasa pertemuan itu, perbincangan diadakan mengenai potensi jalinan kerjasama mengenai hubungan dua hala kami dan isu Islamofobia,” lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan.

Fidan turut bertemu rakan sejawatannya, Timbalan Perdana Menteri Iraq bagi Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa dan Menteri Luar Negeri, Dr Fuad Hussein.

Sementara itu, Zambry mengadakan pertemuan dua hala dengan Fuad susulan perbincangan yang diadakan di luar Mesyuarat Menteri Biro Penyelaras Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada 5 Julai 2023.

Lawatan Zambry ke Iraq, menandakan lawatan rasmi pertamanya ke republik itu sejak memegang jawatan pada 2 Disember 2022, dan diiringi pegawai kanan kerajaan daripada kementerian dan ahli perniagaan. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *