Connect with us

Antarabangsa

Suami isteri Muslim mati dibelasah di Uttar Pradesh 

Sepasang suami isteri Muslim dipukul sehingga mati selepas anak lelaki mereka kahwin lari dengan anak perempuan salah seorang jirannya beberapa tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Suami isteri Muslim mati dibelasah di Uttar Pradesh 
Foto: Sepasang suami isteri Muslim, Abbas dan Kamrul Nesha yang dipukul sehingga mati menggunakan batang besi dan kayu.
  • Sepasang suami isteri Muslim dipukul sehingga mati selepas anak lelaki mereka kahwin lari dengan anak perempuan salah seorang jirannya beberapa tahun lalu.
  • Pasangan yang dikenal pasti sebagai Abbas dan Kamrul Nesha, dalam lingkungan umur 50an itu, terbunuh dipercayai dipukul menggunakan batang besi dan kayu.
  • Perbuatan itu dilakukan jiran mereka di daerah Sitapur, Uttar Pradesh, India, demikian lapor The New Indian Express.
  • Anak lelaki mangsa telah dipenjarakan ekoran insiden kahwin lari itu sebelum dia dibebaskan beberapa hari lalu, hinggalah membawa kepada tragedi dipukul hingga mati itu pada Jumaat lalu.

Sepasang suami isteri Muslim dipukul sehingga mati selepas anak lelaki mereka kahwin lari dengan anak perempuan salah seorang jirannya beberapa tahun lalu.

Pasangan yang dikenal pasti sebagai Abbas dan Kamrul Nesha, dalam lingkungan umur 50an itu, terbunuh dipercayai dipukul menggunakan batang besi dan kayu.

Perbuatan itu dilakukan jiran mereka di daerah Sitapur, Uttar Pradesh, India, demikian lapor The New Indian Express.

Pihak penguatkuasa berkata insiden itu dilaporkan berlaku di Kampung Rajeypur di kawasan pentadbiran balai polis Hargaon pada Jumaat lalu.

Superintendan Polis (SP) Sitapur, Chakresh Mishra berkata, “pasangan itu mati di tempat kejadian dalam serangan itu dan semua tertuduh melarikan diri”.

Chakresh berkata beberapa tahun lepas, anak kepada Abbas kahwin lari bersama anak perempuan jiran mereka dan perbalahan itu berpanjangan sehingga akhirnya mencetuskan tragedi maut itu.

Anak lelaki mangsa telah dipenjarakan ekoran insiden kahwin lari itu sebelum dia dibebaskan beberapa hari lalu, hinggalah membawa kepada insiden dipukul hingga mati itu pada Jumaat lalu.

Sumber: The New Indian Express, DOAM

Author