Antarabangsa
Andrew Tate dibebaskan dari tahanan rumah di Romania
Pempengaruh Internet kontroversi, Andrew Tate dan adiknya, Tristan Tate dibebaskan daripada tahanan rumah di Romania menjelang perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan manusia dan rogol.
- Pempengaruh Internet kontroversi, Andrew Tate dan adiknya, Tristan Tate dibebaskan daripada tahanan rumah di Romania menjelang perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan manusia dan rogol.
- Mahkamah Rayuan Bucharest dalam kenyataan pada Jumaat lalu mengumumkan dua bersaudara dan dua rakan wanita mereka dibebaskan dan diletakkan di bawah kawalan kehakiman selama 60 hari bermula 4 Ogos hingga 2 Oktober depan.
- Terdahulu, mereka berada di bawah tahanan rumah sementara menunggu siasatan jenayah atas tuduhan penderaan dilakukan terhadap tujuh wanita.
- Mahkamah di Bucharest pada Jumaat menyatakan pembebasan itu dibuat dengan alasan dua bersaudara itu tidak meninggalkan Perbandaran Bucharest dan Ilfov tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah.
Pempengaruh Internet kontroversi, Andrew Tate dan adiknya, Tristan Tate dibebaskan daripada tahanan rumah di Romania menjelang perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan manusia dan rogol.
Mahkamah Rayuan Bucharest dalam kenyataan pada Jumaat lalu mengumumkan dua bersaudara dan dua rakan wanita mereka dibebaskan dan diletakkan di bawah kawalan kehakiman selama 60 hari bermula 4 Ogos hingga 2 Oktober depan.
Terdahulu, mereka berada di bawah tahanan rumah sementara menunggu siasatan jenayah atas tuduhan penderaan dilakukan terhadap tujuh wanita.
Andrew Tate pertama kali ditahan di ibu negara Romania, Bucharest pada Disember 2022 sebelum dia dan adiknya ditahan polis hingga Mac lalu.
Andrew Tate juga didakwa merogol salah seorang mangsa, manakala adiknya Tristan didakwa menghasut orang lain untuk keganasan.
Pendakwa Raya berkata mereka merekrut mangsa dengan menggoda dan membuat dakwaan palsu untuk mempunyai hubungan atau perkahwinan.
Nama bekas peninju Kickboxer Amerika-British itu melonjak naik tahun lalu dengan merekodkan 11.6 bilion tontonan di TikTok dengan menumpukan kepada topik penguasaan lelaki, wanita dan kekayaan.
Andrew yang dikaitkan dengan pelbagai skandal menjadi salah individu dengan carian tertinggi Google pada 2022.
Penyokong hak asasi manusia, guru dan polis memberi amaran terhadap gelombang pengaruh Andrew terhadap minda anak muda di seluruh dunia.
Ketua Eksekutif Krisis Rogol di England and Wales, Jayne Butler dipetik dalam laporan CNN sebagai berkata, dia sangat bimbang dengan ideologi berbahaya dan budaya rogol misoginis disebarkan Tate.
Mahkamah di Bucharest pada Jumaat menyatakan pembebasan itu dibuat dengan alasan dua bersaudara itu tidak meninggalkan Perbandaran Bucharest dan Ilfov tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah.
Dua bersaudara itu juga tidak memiliki, membawa dan menggunakan senjata, tidak berhubung dengan defendan lain (selain mereka sendiri), saksi, mangsa dan keluarga serta sentiasa berkomunikasi tentang situasi terkini dengan pihak berkuasa.
Sumber: CNN News
You must be logged in to post a comment Login