Terkini
Zii Jia tersungkur lagi
Nasib malang terus menghantui pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun, sebentar tadi (Rabu).
- Nasib malang terus menghantui pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun, sebentar tadi (Rabu).
- Zii Jia yang turun menentang wakil tuan rumah, Kenta Nishimoto gagal mengekalkan momentum selepas menang set pertama 22-20 apabila tewas dua set berikutnya 17-21, 19-21 pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Yoyogi di Tokyo.
- Ini adalah kekalahan pusingan pertama kedua berturut-turut buat Zii Jia selepas turut mengalami nasib sama di Terbuka Korea, minggu lalu.
KUALA LUMPUR – Nasib malang terus menghantui pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun, sebentar tadi (Rabu).
Zii Jia yang turun menentang wakil tuan rumah, Kenta Nishimoto gagal mengekalkan momentum selepas menang set pertama 22-20 apabila tewas dua set berikutnya 17-21, 19-21 pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Yoyogi di Tokyo.
Ini adalah kekalahan pusingan pertama kedua berturut-turut buat Zii Jia selepas turut mengalami nasib sama di Terbuka Korea, minggu lalu.
Sementara itu, nasib sama turut dialami seorang pemain perseorangan lelaki profesional negara, Cheam June Wei yang terpaksa akur tewas di tangan jaguh Indonesia, Jonatan Christie 7-21, 9-21.
Acara beregu lelaki pula menyaksikan pasangan negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Jepun, Ayato Endo-Yuta Takei 21-18, 21-15.
Juara Terbuka Amerika Syarikat itu akan bertemu beregu China, Liu Yiu Chen-Ou Xuan Yi bagi perebutan tempat ke suku akhir.
Sumber: Berita Harian