Connect with us

Terkini

Tiada nas mewajibkan penggunaan bin/binti pada nama Muslim

Tiada nas dalam Al-Quran dan Hadis mewajibkan penggunaan bin atau binti pada nama golongan Muslim.

Hidayah Sani

Published

on

Tiada nas mewajibkan penggunaan bin/binti pada nama Muslim
Foto: Pengarah Institut Ulama Al-Juwaini, Ahmad Syamil Mohd Esa.
  • Demikian kata Pengarah Institut Ulama Al-Juwaini, Ahmad Syamil Mohd Esa ketika mengulas tindakan segelintir ibu bapa yang dilihat memilih tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak mereka hingga menimbulkan perdebatan di antara netizen.
  • Pemakaian bin/binti adalah mengikut uruf (adat) pemakaian nama individu Arab yang menggunakan bin/binti seperti Umar Ibn Al-Khattab dan Uthman bin Affan.
  • Al-Quran dan hadis lebih kepada menyeru mensabitkan nasab ayahnya, tidak mempermainkan nama ayah atau ibu dan seumpamanya.
  • Tujuan bin/binti disertakan dalam nama individu Muslim adalah untuk menjaga kepentingan seperti isu nasab, faraid, jantina serta status agama seseorang.
  • Syamil bagaimanapun bersetuju tidak meletakkan bin atau binti akan menimbulkan kekeliruan terhadap taraf anak itu yang berkemungkinan dianggap anak luar nikah.

KUALA LUMPUR — Tiada nas dalam Al-Quran dan Hadis mewajibkan penggunaan bin atau binti pada nama golongan Muslim.

Demikian kata Pengarah Institut Ulama Al-Juwaini, Ahmad Syamil Mohd Esa ketika mengulas tindakan segelintir ibu bapa yang dilihat memilih tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak mereka hingga menimbulkan perdebatan di antara netizen.

Syamil berkata pemakaian bin atau binti adalah mengikut uruf (adat) pemakaian nama individu Arab yang menggunakan bin/binti seperti Umar Ibn Al-Khattab dan Uthman bin Affan.

Katanya, Al-Quran dan hadis lebih kepada menyeru mensabitkan nasab ayahnya, tidak mempermainkan nama ayah atau ibu dan seumpamanya.

Beliau menjelaskan tujuan bin dan binti disertakan dalam nama individu Muslim adalah untuk menjaga kepentingan seperti isu nasab, faraid, jantina serta status agama seseorang.

“Islam memberikan kuasa kepada pemerintah untuk mengurus perihal kenegaraan bagi perkara-perkara yang tiada nas khusus terhadap kewajibannya, tidak berlanggar dengan prinsip syarak dan ada keperluan kepada perkara itu.

“Jika ada pihak yang mendakwa ia menyusahkan, ia perlu ditimbang dengan maslahat yang dikira dalam isu penetapan bin/binti,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Syamil bagaimanapun bersetuju dengan tidak meletakkan bin atau binti akan menimbulkan kekeliruan terhadap taraf anak itu yang berkemungkinan dianggap anak luar nikah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending