Connect with us

Terkini

Ulama harus berani tegur kerajaan dengan ikhlas – PM

Ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Ulama harus berani tegur kerajaan dengan ikhlas – PM
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar, Amirudin Shari menerima al-Quran daripada Al Imam al Allamah Prof Dr Ali Jum'ah (kanan) dan Pengasas dan Pengetua Darul Musthafa Tarim Yaman, Al Habib Umar Hafidz (kiri) pada majlis Muzakarah Ulama-Umara.
  • Ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia mendengar teguran itu selagi ia dibuat dengan baik, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.
  • “Ini tiada perbezaan pendapat, ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki dan itu ditekankan oleh ulama, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.
  • “Apabila pimpinan (kerajaan) pula mendengar ulama bercakap dengan ikhlas, berani menegur dengan baik dan (kita sedia) terima dengan baik teguran itu,” katanya selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor hari ini.

SHAH ALAM: Ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia mendengar teguran itu selagi ia dibuat dengan baik, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.

“Ini tiada perbezaan pendapat, ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki dan itu ditekankan oleh ulama, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.

“Apabila pimpinan (kerajaan) pula mendengar ulama bercakap dengan ikhlas, berani menegur dengan baik dan (kita sedia) terima dengan baik teguran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor hari ini.

KPM diminta terbitkan semula Himpunan 40 Hadith Imam Nawawi

Dalam pada itu, Perdana Menteri meminta Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil ikhtiar menerbitkan semula himpunan 40 Hadith Imam Nawawi untuk diedarkan di sekolah seluruh negara.

Himpunan hadith terbabit dilihat mampu memberi perkembangan ilmu kepada murid serta pelajar khususnya beragama Islam.

“Cuma oleh kerana Prof Dr Ali Jum’ah (bekas Mufti Agung Mesir) menekankan mengenai 40 Hadith Imam Nawawi itu mungkin pihak JAKIM dan KPM, sebagai sambutan ialah untuk mengambil ikhtiar menerbitkan semula supaya dapat dikirimkan di semua sekolah.

“Ini dapat dipastikan pelajar (Islam) diberikan perkembangan ilmu dan mungkin dengan syarahan yang baik juga,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending