Connect with us

Terkini

(VIDEO) Mantan Menteri Agama kongsi garis panduan penggunaan AI, elak kemudaratan

Mantan Menteri Agama,  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi garis panduan asas berkenaan Artificial Intelligence (AI) apabila penggunaan teknologi itu amat meluas mutakhir ini termasuk digunakan sebagai pembaca berita di stesen televisyen tempatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mantan Menteri Agama,  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Mantan Menteri Agama,  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi garis panduan asas berkenaan Artificial Intelligence (AI) apabila penggunaan teknologi itu amat meluas mutakhir ini termasuk digunakan sebagai pembaca berita di stesen televisyen tempatan.
  • Kemasukan AI ke dalam kehidupan manusia akan memberi kesan kepada ekosistem dan fitrah kemanusiaan itu sendiri.
  • Pertimbangan demi pertimbangan dengan penuh penelitian amat penting dibuat agar maslahah manusia terbela, di samping mudaratnya dapat dihindarkan.
  • Antara garis panduan dikemukakan;  sebarang bentuk AI hendaklah menyanggahi sifat sanam (berhala) atau timthal (patung) yang bernyawa; sebarang bentuk gharar dan penipuan dielakkan; penggunaan dan penciptaan AI hanya untuk tujuan urusan harian kehidupan dan perkara teknikal berkaitan agama.
  • Garis panduan itu dikemukakan beliau menerusi  Laman Web Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan tajuk ‘Masa Depan Islam dan AI’.

KUALA LUMPUR — Mantan Menteri Agama,  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi garis panduan asas berkenaan Artificial Intelligence (AI) apabila penggunaan teknologi itu amat meluas mutakhir ini termasuk digunakan sebagai pembaca berita di stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, kemasukan AI ke dalam kehidupan manusia akan memberi kesan kepada ekosistem dan fitrah kemanusiaan itu sendiri.

Justeru, amat penting pertimbangan demi pertimbangan dengan penuh penelitian dibuat agar maslahah manusia benar-benar terbela, di samping mudaratnya dapat dihindarkan.

Antara garis panduan dikemukakan beliau adalah, sebarang bentuk AI hendaklah menyanggahi sifat sanam (berhala) atau timthal (patung) yang bernyawa di mana ia termasuk sebahagian daripada sadd al-zari‘ah.

Garis panduan itu juga meminta sebarang bentuk gharar dan penipuan dielakkan iaitu sebarang penggunaan dan penciptaan AI wajar disertakan penafian (disclaimer) yang boleh diketahui umum.

“Penggunaan dan penciptaan AI hanya untuk tujuan urusan harian kehidupan dan perkara teknikal berkaitan agama. 

“Ia tidak mungkin menggantikan taklif rabbani terhadap manusia seperti perintah pelaksanaan ibadat, solat, dan lain-lain. 

“Begitu juga ia tidak menyanggahi norma manusia seperti perkahwinan dengan AI yang berlaku di Jepun dan sebahagian negara Barat,” katanya menerusi  Laman Web Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan tajuk ‘Masa Depan Islam dan AI’.

Dr Zulkifli turut mengingatkan bahawa teknologi AI tidak boleh menyentuh sensitiviti agama seperti isu ghaibiyyat dan lakaran wajah Rasulullah SAW misalnya.

Pada masa sama, kajian lebih mendalam perlu dilaksanakan tentang penisbahan kesalahan jenayah, kemalangan, dan kesalahan AI sama ada melibatkan sistem atau manusia. 

“Saya menjangkakan, pihak kehakiman dan perundangan juga perlu melihat isu ini dengan lebih serius.

“Jika ada keperluan untuk pentarjihan hukum, kepakaran manusia masih diutamakan kerana AI sama sekali tidak akan membuat keputusan terhadap perkara yang di luar data yang diperolehnya,” katanya.

Beliau juga menegaskan AI dilarang sama sekali menceroboh karamah insaniyyah iaitu konsep yang menekankan pembentukan adab, akhlak dan integriti.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya dipetik Dr Zulkifli menjelaskan mengenai karamah insaniyyah yang dikurniakan Allah SWT, bahawa manusia diberi nikmat yang pelbagai. 

Antara nikmat tertinggi dikurniakan adalah kemuliaan dan kehormatan diri, di mana dua nikmat ini tidak ada pada makhluk lain selain manusia juga diberikan akal dan kelebihan bertutur yang sempurna, bagi membezakan perkara baik dan buruk serta mengucapkan kata-kata yang baik.  (Lihat al-Jami’ li Ahkam Al-Quran, 5/190)

“Dengan perkembangan terkini AI, maka kaedah penghakiman dan pembuktian di mahkamah melalui video, audio dan imej di masa akan datang mungkin tidak lagi menjadi bayyinah dan syahadah yang boleh diterima pakai, tetapi sekadar qarinah (circumstantial evidence) semata-mata.

“Inilah hikmah mengapa Islam menekankan yang berhak menjadi saksi adalah manusia sebenar yang mempunyai sifat-sifat dan syarat-syarat diterima,” katanya yang juga merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan. — The Merdeka Times

Sumber: Laman Web Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *