Connect with us

Antarabangsa

61 peratus rakyat Amerika percaya AI ancam tamadun

Pertumbuhan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh meletakkan masa depan umat manusia dalam risiko, menurut kebanyakan rakyat Amerika dalam tinjauan pendapat REUTERS/Ipsos, yang diterbitkan hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

61 peratus rakyat Amerika percaya AI ancam tamadun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertumbuhan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh meletakkan masa depan umat manusia dalam risiko, menurut kebanyakan rakyat Amerika dalam tinjauan pendapat REUTERS/Ipsos, yang diterbitkan hari ini.
  • Lebih daripada dua pertiga rakyat Amerika bimbang kesan negatif AI dan 61 peratus percaya ia boleh mengancam tamadun.
  • Memandangkan chatbot ChatGPT OpenAI menjadi aplikasi yang paling pesat berkembang sepanjang masa, integrasi AI yang meluas ke dalam kehidupan seharian telah melonjakkan AI ke barisan hadapan wacana awam.
  • ChatGPT telah memulakan perlumbaan senjata AI, dengan syarikat berteknologi tinggi seperti Microsoft dan Google bersaing untuk mengatasi pencapaian AI masing-masing.

SAN FRANCISCO: Pertumbuhan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh meletakkan masa depan umat manusia dalam risiko, menurut kebanyakan rakyat Amerika dalam tinjauan pendapat REUTERS/Ipsos, yang diterbitkan hari ini.

Lebih daripada dua pertiga rakyat Amerika bimbang kesan negatif AI dan 61 peratus percaya ia boleh mengancam tamadun.

Memandangkan chatbot ChatGPT OpenAI menjadi aplikasi yang paling pesat berkembang sepanjang masa, integrasi AI yang meluas ke dalam kehidupan seharian telah melonjakkan AI ke barisan hadapan wacana awam.

ChatGPT telah memulakan perlumbaan senjata AI, dengan syarikat berteknologi tinggi seperti Microsoft dan Google bersaing untuk mengatasi pencapaian AI masing-masing.

Penggubal undang-undang dan syarikat AI juga bimbang. Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman pada Selasa memberi keterangan di hadapan Kongres AS, menyuarakan kebimbangan kemungkinan penyalahgunaan teknologi.

“Tiada cara untuk memasukkan jin ini ke dalam botol. Di peringkat global, ini meletup,” kata Senator Cory, seorang daripada penggubal undang-undang yang mempunyai cara terbaik untuk mengawal AI ketika panel Senat mengenai penggunaan AI, semalam.

Tinjauan REUTERS/Ipsos mendapati bilangan rakyat Amerika yang meramalkan kesan buruk daripada AI adalah tiga kali ganda bilangan mereka yang tidak.

Menurut data, 61 peratus responden percaya bahawa AI menimbulkan risiko kepada manusia, manakala hanya 22 peratus tidak bersetuju, dan 17 peratus masih tidak pasti.

Mereka yang mengundi Donald Trump pada 2020 menyatakan tahap kebimbangan yang lebih tinggi; 70 peratus pengundi Trump berbanding 60 peratus pengundi Joe Biden bersetuju bahawa AI boleh mengancam manusia. – Agensi

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending