Connect with us

Antarabangsa

AI berupaya ganti 80 peratus pekerjaan manusia

Kecerdasan buatan (AI) dianggarkan berupaya menggantikan kira-kira 80 peratus pekerjaan manusia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

AI berupaya ganti 80 peratus pekerjaan manusia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kecerdasan buatan (AI) dianggarkan berupaya menggantikan kira-kira 80 peratus pekerjaan manusia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
  • Penyelidik, Ben Goertzel, 56, yang juga pakar AI menyatakan, Kecerdasan Am Buatan (AGI) bakal muncul beberapa tahun lagi dan menegaskan beliau menentang sebarang usaha untuk membendung penyelidikan berkaitan bidang tersebut.
  • Beliau yakin AI beserta kepintaran manusia akan dapat disatukan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, namun penyelidikan menyeluruh diperlukan.

RIO DE JANEIRO: Kecerdasan buatan (AI) dianggarkan berupaya menggantikan kira-kira 80 peratus pekerjaan manusia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Penyelidik, Ben Goertzel, 56, yang juga pakar AI menyatakan, Kecerdasan Am Buatan (AGI) bakal muncul beberapa tahun lagi dan menegaskan beliau menentang sebarang usaha untuk membendung penyelidikan berkaitan bidang tersebut.

Beliau yakin AI beserta kepintaran manusia akan dapat disatukan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, namun penyelidikan menyeluruh diperlukan.

“Saya tidak fikir kita perlu menghentikan penggunaan AI kerana sistem AI ini sangat menarik, namun tidak mampu menjadi seperti kecerdasan am peringkat manusia kerana mereka tidak boleh melakukan perkara rumit pelbagai peringkat.

“Mereka tidak boleh mencipta perkara baharu di luar skop data latihan mereka, tetapi AI juga boleh menyebarkan maklumat yang salah, menyebabkan orang ramai menggesa pembangunannya dihentikan.

“Dalam pada itu, mengapa pula kita tidak mengharamkan internet yang memberi banyak maklumat di hujung jari anda dan turut menyebarkan maklumat salah,” katanya dalam persidangan teknologi tahunan terbesar di dunia, Web Summit di Rio de Janeiro.

Goertzel juga menyatakan sekiranya AI dilaksanakan secara menyeluruh, ia tidak dilihat sebagai satu ancaman kepada manusia, sebaliknya satu faedah.

Jelasnya, manusia masih boleh kehilangan peluang pekerjaan sehingga 80 peratus tanpa melibatkan AGI. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending