Connect with us

Terkini

FamilyMart henti jual minuman alkohol di semua cawangan

QL Resources Bhd (QL), pemegang francais induk FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 cawangan kedainya di seluruh negara sejak Mac lalu.

Wartawan TMT

Published

on

FamilyMart henti jual minuman alkohol di semua cawangan
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • QL Resources Bhd (QL), pemegang francais induk FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 cawangan kedainya di seluruh negara sejak Mac lalu.
  • Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd, Chia Lik Khai, berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan ia mendapatkan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekali gus menjadikan FamiCafé sebagai kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima sijil halal.
  • Katanya, pensijilan halal itu juga selari dengan usaha berterusan FamilyMart Malaysia untuk memastikan pelanggannya untuk berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was dalam premis miliknya.
  • “Perjalanan kami untuk mendapatkan pensijilan halal di kedai kami adalah langkah ke hadapan dalam memberikan jaminan dan keyakinan yang lebih utuh kepada pelanggan untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama kami,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian pensijilan halal daripada JAKIM di sini hari ini.

SHAH ALAM: QL Resources Bhd (QL), pemegang francais induk FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 cawangan kedainya di seluruh negara sejak Mac lalu.

Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd, Chia Lik Khai, berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan ia mendapatkan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekali gus menjadikan FamiCafé sebagai kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima sijil halal.

Katanya, pensijilan halal itu juga selari dengan usaha berterusan FamilyMart Malaysia untuk memastikan pelanggannya untuk berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was dalam premis miliknya.

“Perjalanan kami untuk mendapatkan pensijilan halal di kedai kami adalah langkah ke hadapan dalam memberikan jaminan dan keyakinan yang lebih utuh kepada pelanggan untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama kami.

“Penghentian jualan alkohol ini memberi kesan kecil kepada keputusan kewangan kumpulan kerana ia hanya menyumbang peratusan yang rendah kepada jualannya.

“Kami merancang untuk mengembangkan pelbagai jualan makanan terutamanya di kafe termasuk minuman bagi meningkatkan jualan FamilyMart akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian pensijilan halal daripada JAKIM di sini hari ini.

Advertisement

Penyampaian sijil halal diwakili oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Razi Hassan.

Dalam pada itu, Lik Khai berkata, pihaknya menyasarkan untuk membuka 50 FamiCafé menjelang akhir tahun ini.

Katanya, semua FamiCafé serba baharu akan mengadaptasi susun atur yang disediakan JAKIM, manakala stor sedia ada akan diubah suai untuk tujuan sama.

“FamilyMart Malaysia menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafé menjelang tahun 2025. Sebagai tambahan, FamilyMart kini giat berkembang ke pantai timur Semenanjung Malaysia.

“FamilyMart Malaysia sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai untuk memenuhi permintaan pelanggan di rantau itu dan menyasarkan 20 kedai akan dibuka menjelang akhir 2023,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending