Connect with us

Terkini

Kerajaan cadang warta 30 barangan bawah skim harga maksimum Aidilfitri

Kerajaan bercadang untuk mewartakan sebanyak 30 barang di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tempoh sambutan perayaan Aidilfitri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan cadang warta 30 barangan bawah skim harga maksimum Aidilfitri
Foto: Datuk Seri Salahuddin Ayub.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perkara itu akan dibincangkan secara tuntas bersama semua pemain industri terutamanya yang terlibat dengan pembekalan barang mentah, barang kawalan dan barangan keperluan rakyat.
  • Beliau berkata tempoh pelaksanaan SHMMP itu juga dicadangkan untuk diadakan pada tujuh hari sebelum perayaan, dua hari semasa dan pada tujuh hari selepas Aidilfitri serta akan umumkan perkara itu pada minggu hadapan.
  • “Hal ini bagi memberikan kelegaan kepada masyarakat untuk berbelanja bagi menyambut perayaan Aidilfitri nanti,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk mewartakan sebanyak 30 barang di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tempoh sambutan perayaan Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perkara itu akan dibincangkan secara tuntas bersama semua pemain industri terutamanya yang terlibat dengan pembekalan barang mentah, barang kawalan dan barangan keperluan rakyat.

Beliau berkata tempoh pelaksanaan SHMMP itu juga dicadangkan untuk diadakan pada tujuh hari sebelum perayaan, dua hari semasa dan pada tujuh hari selepas Aidilfitri serta akan mengumumkan perkara itu pada minggu hadapan.

“Hal ini bagi memberikan kelegaan kepada masyarakat untuk berbelanja bagi menyambut perayaan Aidilfitri nanti,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mewartakan sebanyak lapan jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2023 bermula 15 hingga 29 Jan lepas.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *