Terkini
[VIDEO] “Usah melampaui batasan asyik sentuh isu agama Islam,” – Firdaus Wong tegur Timbalan Presiden MIC
Ahli politik bukan muslim dinasihatkan untuk tidak mencampuri urusan orang Islam, demikian kata Pendakwah Bebas, Firdaus Wong Hai Hung.
![[VIDEO] “Usah melampaui batasan asyik sentuh isu agama Islam,” - Firdaus Wong tegur Timbalan Presiden MIC](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2023/02/Usah-melampaui-batasan-asyik-sentuh-isu-agama-Islam-Firdaus-Wong-tegur-Timbalan-Presiden-MIC.jpg)
- Pendakwah Bebas, Firdaus Wong Hai Hung, berkata demikian ketika mengulas ciapan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan yang seakan tidak senang dengan kenyataan terbaharu Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar terkait sambutan Hari Thaipusam, pada Ahad lalu.
- Sabtu lalu, Na’im Mokhtar menasihatkan umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam, ini kerana perayaan tersebut merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.
- Sebarang garis panduan dari JAKIM dan Jabatan Agama Islam yang tidak membenarkan golongan muslim sertai upacara keagamaan agama lain adalah untuk golongan itu sahaja bukan melibatkan golongan bukan muslim.
- “Nasihat saya buat para ahli politik bukan Muslim, tak perlu masuk campur urusan orang Islam sebagaimana kami tak pernah jemput orang Hindu tolong melapah lembu ketika Aidiladha kerana menghormati sensitiviti penganut Hindu.”
KUALA LUMPUR – Ahli politik bukan muslim dinasihatkan untuk tidak mencampuri urusan orang Islam.
Pendakwah Bebas, Firdaus Wong Hai Hung, berkata demikian ketika mengulas ciapan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan yang seakan tidak senang dengan kenyataan terbaharu Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar terkait sambutan Hari Thaipusam, pada Ahad lalu.
Sabtu lalu, Na’im Mokhtar menasihatkan umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam, ini kerana perayaan tersebut merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.

Tangkap layar ciapan Twitter Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan
Mengulas lanjut Firdaus Wong, berkata, sebarang garis panduan dari JAKIM dan Jabatan Agama Islam yang tidak membenarkan golongan muslim sertai upacara keagamaan agama lain adalah untuk golongan itu sahaja bukan melibatkan golongan bukan muslim.
Katanya, apa yang halal dan haram dalam Islam bukannya mengikut berapa ramai orang Islam dan pemimpin Islam mana yang terlibat sebaliknya halal tetap halal dan haram tetap haram.
Tegasnya, ini berikutan hukum Islam berdiri dengan sendirinya dan sesuatu yang haram tetap haram walaupun pemimpin melakukannya.
View this post on Instagram
“Nasihat saya buat para ahli politik bukan Muslim, tak perlu masuk campur urusan orang Islam sebagaimana kami tak pernah jemput orang Hindu tolong melapah lembu ketika Aidiladha kerana menghormati sensitiviti penganut Hindu.
“Aidilfitri dan Aidiladha perayaan keagamaan untuk orang Islam. Kami tak kecil hati pun kalau bukan Muslim tak join atau bagi ucapan kepada kami. Bagi kami agama kami bagi kamu agama kamu.
“Usah melampaui batasan asyik menyentuh isu agama Islam dan seolah-olah hanya Muslim yang salah dan keengganan Muslim turut serta dalam perayaan bukan Muslim menjadi penyebab sukar mencapai keharmonian,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Firdaus Wong menjelaskan bahawa Islam ada prinsip tersendiri begitu juga dengan bukan muslim dan sudah semestinya prinsip itu dihormati kerana itu hak bagi bukan beragama Islam. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung
