Connect with us

Kolumnis

Kenapa Muslim dilarang sertai Thaipusam?

TIDAK lama lagi penganut Hindu di Malaysia bakal menyambut perayaan Thaipusam pada 25 Januari. Suatu perayaan besar yang tidak asing dan cukup popular yang disambut penganut Hindu di Malaysia. 

Research And Development MRM

Published

on

Kenapa Muslim dilarang sertai Thaipusam?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

TIDAK lama lagi penganut Hindu di Malaysia bakal menyambut perayaan Thaipusam pada 25 Januari. Suatu perayaan besar yang tidak asing dan cukup popular yang disambut penganut Hindu di Malaysia. 

Ia cukup popular sehinggakan ada penganut agama lain turut meraikan perayaan itu. 

Bahkan tahun lalu, tular satu video yang melibatkan beberapa individu dipercayai beragama Islam yang mengikuti perarakan Thaipusam sehingga menimbulkan polemik dalam masyarakat Muslim.

Sebagai penganut agama Islam, kita sedia maklum bahawa Muslim dilarang menyambut perayaan Thaipusam. Namun, masih ada yang terkeliru dan menganggap Thaipusam sebagai perayaan adat berbanding perayaan agama.

Ramai mufti dan asatizah bersuara serta memberi penerangan tentang kenapa Muslim dilarang untuk menyertai dan menyambut perayaan itu. 

Salah satu sebabnya adalah Thaipusam merupakan acara peribadatan agama khusus kepada penganut Hindu yang bertentangan dengan prinsip akidah Islam.   

Percaya atau tidak, Malaysia merupakan salah satu tumpuan utama penganut Hindu dari seluruh dunia apabila menjelangnya Thaipusam.  

Ini kerana terdapat satu kuil di Batu Caves memiliki sebuah patung Dewa Murugan tertinggi di dunia dengan ketinggian 42.7 meter (140 kaki). 

Justeru itu, ia sering dikaitkan dengan perayaan Thaipusam. Jadi, apa itu perayaan Thaipusam?

Foto: Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

Perayaan Thaipusam adalah perayaan yang berakar daripada akidah dan kepercayaan agama Hindu dan ia dikhususkan untuk memuliakan Dewa Murugan yang melambangkan kuasa dan pemusnah kejahatan. 

Penganut Hindu percaya pada hari bulan Thai bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil itu telah berlakunya satu legenda di mana Dewi Parvati telah menghadiahkan lembing sakti ‘Vel’  kepada Dewa Murugan untuk mengalahkan makhluk jahat bernama Surapadma yang telah menawan syurga dan menculik para dewa sebagai tawanan. 

Dan dikatakan tiada dewa yang mampu mengalahkan Surapadma. Oleh itu apabila Dewa Murugan dapat mengalahkannya dengan hanya sebilah lembing, ia merupakan kemenangan besar dalam sejarah agama Hindu yang wajar dirai.

Maka setiap kali sambutan Thaipusam, perkataan ‘Vel!’ Vel!’ dilaungkan kuat sempena memperingati kejayaan menghapuskan ‘kegelapan’ yang menggunakan senjata sakti itu.

Pada hari itu juga, para pemuja Dewa Murugan akan mempersembahkan doa, upacara dan pengorbanan secara terbuka sebagai tanda kesyukuran dan penunaian nazar. 

Oleh sebab akar pensejarahan Thaipusam ini berunsur daripada kepercayaan agama Hindu, maka ini menjadi sebab pertama Muslim dilarang dari menyertai dan menyambut perayaan tersebut.  

Kedua, apabila tradisi sesuatu perayaan itu berunsurkan agama, maka tujuan acara dan amalan dalam perayaan itu sudah pasti berasaskan agama.

Paling popular, Kāvadi Āttam (tarian beban) adalah salah satu persembahan oleh penganut Hindu yang taat di mana mereka akan memikul kāvadi yang dicangkukkan ke tubuh mereka lalu akan berarak sejauh 5-10 kilometer dalam keadaan berpuasa. 

Kāvadi iaitu sebuah rangka separuh bulatan yang sering dihiasi dengan bulu merak dan imej Dewa Murugan dan dianggarkan beratnya mencecah 35 kilogram. 

Walaupun kelihatan menyeksakan, bagi penganut Hindu, upacara Kāvadi hakikatnya adalah upacara pengabdian teragung yang dilakukan para pemuja Dewa Murugan bagi tujuan menunaikan nazar dan menawarkan kesyukuran.

Foto: Pembawa kavadi.

Manakala bagi yang tidak membawa Kāvadi, mereka pula akan melakukan persembahan lain seperti menjunjung belanga berisi susu (Paal Kudam) sepanjang perarakan. Bagi penganut Hindu, susu dianggap air suci yang akan dipersembahkan kepada Dewa Murugan ketika Thaipusam.  

Daripada berpuasa, menjunjung belanga susu (Paal Kudam), menindik tubuh (Alagu Kuthuthal) sehinggalah perarakan mengusung kavadi (Kāvadi Āttam), kesemuanya adalah ritual dan persembahan pemujaan terhadap Dewa Murugan. 

Justeru apabila ada sesetengah Muslim berarak bersama, walaupun sekadar suka-suka menyertai, penulis berpendapat hujah sebegini adalah kenyataan dangkal. 

Ketiga, setiap perayaan keagamaan memiliki cara dan amalan tersendiri yang diekspresikan melalui perhiasan, pakaian dan sebagainya.

Kebanyakan kita pasti sedar bahawa ramai penganut Hindu memakai pakaian berwarna kuning semasa Thaipusam. Ini kerana dikatakan kuning adalah warna kegemaran Dewa Murugan yang turut dikaitkan dengan permulaan baru, kedamaian dan kebahagiaan. 

Selain itu, perhiasan-perhiasan yang ditindik di pipi dan lidah mereka juga mempunyai lambang dan simbolik tertentu. Seperti lidi perak yang melambangkan lembing sakti ‘Vel’ atau dengan cangkuk yang menggantung buah-buahan atau periuk susu sebagai tanda persembahan kepada Dewa Murugan.

Foto: Penganut Hindu menyertai perarakan dengan menjunjung belanga susu (paal kudam).

Setiap agama mempunyai pantang larang tersendiri yang perlu dipatuhi penganut agama tersebut, maka ia juga perlu dihormati agama lain.

Ia sepertimana Muslim tidak pernah mengajak penganut Hindu turut serta dalam upacara menyembelih lembu semasa Aidiladha kerana menghormati pantang larang dalam kepercayaan agama Hindu

Maka ia sama seperti Thaipusam mahupun perayaan bukan lslam yang mengandungi ritual keagamaan, Islam melarang dan menegah penganutnya untuk menyertainya.  Dibimbangi dengan menyertainya boleh merosakkan akidah dan kepercayaan seorang Muslim.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa, 4: 115 yang bersabda: 

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul (Muhammad) setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan dia dalam kesesatan yang dilakukannya itu dan akan Kami masukkan dia ke dalam neraka Jahanam, dan itu seburuk-buruk tempat kembali.”  – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Publisiti meluas ‘kelebihan’ sekolah Cina, media jangan korbankan jati diri negara

Hari ini (semalam) akhbar Sinar Harian memberikan ruang yang begitu meluaskan mengenai kebaikan Sekolah Cina, melibatkan SJKC, SMJKC dan Sekolah Persendirian Cina. 

Avatar

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Hari ini (semalam) akhbar Sinar Harian memberikan ruang yang begitu meluaskan mengenai kebaikan Sekolah Cina, melibatkan SJKC, SMJKC dan Sekolah Persendirian Cina. 

Saya tidak pasti apakah ruang ini dibayar oleh pihak  berkepentingan Cina atau tidak, tetapi publisitinya begitu meluas, seolah-olah sekolah Cina ini adalah segala-galanya, langsung tidak ada kelemahan.

Apakah akhbar Sinar Harian mahu menjadi alat propaganda kepada Pendidikan Cina? Apa pun saya masih bersangka baik lagi kepada akhbar ini kerana saya kenal rapat dengan pemiliknya

Saya fikir orang yang mengeluarkan kenyataan atau menulis tentang Pendidikan Cina dalam akhbar ini, tidak lain, untuk menarik seramai mana orang Melayu yang mungkin, bagi memastikan sekolah Cina terus kekal relevan, lebih-lebih lagi apabila mendapat sambutan daripada orang Melayu.  

Almaklum sahajalah, Pendidikan Cina hari ini sedang hangat diperkatakan. 

Terbaharu, kenyataan menolak penggunaan bahasa Melayu di Sekolah Cina untuk subjek Sains dan Matematik.

Sepatutnya akhbar Sinar Harian, perlu berlaku adil. Takkan selama ini banyak kelemahan dalam institusi pendidikan ini yang saya bentang, langsung tidak diberikan perhatian. 

Hanya mungkin kerana ruang itu berbayar, maka kita siarkan semua kebaikannya tanpa menoleh ke belakang sedikit. 

Janganlah begitu Sinar Harian. Buatlah Wacana antara saya dengan pejuang-pejuang bahasa Cina itu, kita debatkan secara adil

Jangan hanya kerana kita dibayar, maka kita sanggup korbankan jati diri negara ini. Berlaku adillah, ada pro, mestinya ada kontranya. Muhasabahlah. – The Merdeka Times

Penulis adalah Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN) yang juga penganalisis politik dan pendakwah bebas.

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending