Connect with us

Terkini

Peningkatan kes NCD antara sebab Jabatan Kecemasan sesak

Peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat kesan daripada pandemik Covid-19 merupakan antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) hospital kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

Peningkatan kes NCD antara sebab Jabatan Kecemasan sesak
Foto: Dr Zaliha Mustafa.
  • Peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) kesan pandemik Covid-19 antara faktor utama berlakunya kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) hospital kerajaan.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kesesakan di jabatan itu bukan perkara baharu sebaliknya telah diwarisi sejak sekian lama.
  • KKM juga telah merangka tujuh langkah dan inisiatif dalam mengurangkan kesesakan di hospital dan masa menunggu pesakit bagi mendapatkan rawatan termasuk melakukan pengauditan dalaman dan meneliti semula keberkesanan inisiatif sedia ada KKM.

KUALA LUMPUR – Peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat kesan daripada pandemik Covid-19 merupakan antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kesesakan di jabatan itu bukan perkara baharu sebaliknya telah diwarisi sejak sekian lama, namun Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa mengambil serius berhubung isu berkenaan.

“Mengikut data yang diperoleh Pusat Informatik Kesihatan (PIK) Bahagian Perancangan KKM, kita lihat ada trend peningkatan kehadiran pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

“Ini berpunca daripada pelbagai faktor dan salah satu faktor adalah kesan pandemik Covid-19 di mana penyakit NCD dan komplikasinya semakin hari semakin meningkat,” katanya menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai perancangan KKM untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan seluruh negara semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, KKM telah merangka tujuh langkah dan inisiatif dalam mengurangkan kesesakan di hospital dan masa menunggu pesakit bagi mendapatkan rawatan termasuk melakukan pengauditan dalaman dan meneliti semula keberkesanan inisiatif sedia ada KKM.

Katanya, beliau juga turun ke lapangan dan bertemu pengarah hospital dan negeri untuk mendengar sendiri dan memahami isu dan masalah secara spesifik serta mencari penyelesaian bersama untuk menyediakan inisiatif terbaik di hospital kerajaan.

Selain itu, KKM turut memperkasa Lean Healthcare yang menyasarkan pengurangan waktu menunggu untuk berjumpa doktor bermula di kaunter pendaftaran sehingga pesakit mengambil ubat di farmasi, serta waktu menunggu katil bagi pesakit yang perlu dimasukkan ke wad.

“Contoh pelaksanaan adalah di Jabatan Kecemasan HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) di mana kita sendiri melihat Lean Healthcare dapat mengurangkan masa menunggu pesakit daripada 192 minit kepada hanya 88 minit walaupun agak panjang juga, tetapi secara puratanya kita dapat kurangkan.

“Di wad perubatan pula, kita kurangkan masa menunggu pesakit untuk discaj daripada 360 minit kepada separuh iaitu 180 minit,” katanya.

Dr Zaliha berkata, KKM juga memperkenalkan projek Short Stay Unit yang memfokuskan pesakit yang stabil dan memerlukan rawatan kurang 72 jam atau tiga hari akan dimasukkan ke dalam unit tersebut untuk rawatan berfokus dan optimum.

Beliau berkata, inisiatif lain melibatkan pelaksanaan Unit Pengurusan Katil (BMU) secara berpusat di peringkat hospital yang bertanggungjawab dalam pengurusan katil dan aliran pesakit secara berpusat sama ada pesakit kecemasan atau elektif bermula daripada proses kemasukan, discaj, pemindahan dalaman dan antara fasiliti. – Bernama

Sumber: Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
  • Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
  • Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
  • Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
  • Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending